Blog Kekasih

  • 303 : Merdeka Kali Ini - Afeef turut bersengkang mata menyiapkan basikal berhiasEntah semangat apa yang meresapi diri aku pada Merdeka yang ke 57 ini pun aku tak tahu. Apa yang aku...
    2 months ago

Tuesday, July 7, 2009

Si Rongak

Setelah bersawang hampir seminggu, akhirnya hr nie saya bersihkan segala sawang-sawang yang ada....bukannya tak sempat nak tulis n3 baru cuma malas je lagipun resah gelisah coz anak yang kecil tak berapa sihat.....



Seingat saya sejak dari kecil lagi sampailah anak2 saya tumbuh gigi saya begitu tekankan agar mereka sentiasa memberus gigi.....mula-mula tue sukar juga mereka nak ikut tapi lama kelamaan perkara tu jadi kebiasaan bagi mereka.....biasalah nama pun budak-budak mesti ada ubat gigi yang mereka suka gunakan tak terkecuali anak-anak saya.....mereka lebih suka gunakan ubat gigi berperisa strawberi......


Saya tak kisah ubat gigi apa pun yang menjadi pilihan Farhan,yang penting dia mahu berus giginya selalu....sampaikan pernah ada nurse yang memuji pandai si farhan nie menjaga gigi bersih sentiasa dan teratur je giginya.....saya sebagai ibu ada rasa bangga juga coz anak dapat pujian sebegitu....si farhan plak hanya tersengih menampakkan giginya yg tersusun cantik tue....entah dia tahu ke tidak yang nurse tu puji dia pun saya tak tahu....rasanya si farhan tue tak faham apa-apa pun.....


Tapi entah di mana silapnya semakin besar si farhan nie semakin malas plak saya tengok dia menjaga giginya.....kekadang tue kalau tak disuruh dan dimarah tak digosoknya gigi.....tapi bila ditanya jawapan tetap sama 'angah gosok gigi'.....kekadang tue tahu itu hanya sekadar jawapan kerana si farhan ni takut dimarahi abahnya....tetapi bila abahnya gunakan helah kata 'kalau tak gosok gigi nanti ada ulat besar makan gigi tue' cepat-cepat si farhan ni berlari ke bilik air dan mengosok giginya.....angah....angah.......


Oleh kerana sikapnya yang kekadang malas nak jaga gigi akhirnya gigi farhan ni ada yang rosak.....tidaklah banyak rosaknya hanya ckit-ckit je....yang jadi masalahnye sekarang giginya yang rosak tue kebanyakannya belah depan.....dah rosak dan antaranya dah bergoyang-goyang tandanya dah masanya untuk gigi tue dicabut....jadi terpaksalah abahnya jadi doktor gigi cabut gigi farhan nie......


Nak kata apa lagi dah tengah malam sakitnya gigi farhan tue nak tak nak terpaksa cabut juga....kalau tak dicabut jawabnya tak bolehlah kami semua tido.....teror juga abahnya jadi doktor gigi....bukannya tak mampu nak bawa ke klinik tapi kalau nak bawa ke klinik kena tunggu pagi.....meraung jugalah si farhan tue bila giginya kena cabut.....tapi sekejap je lepas tue terlena tido.....bila tengok si farhan ni jadi rongak kelakar sangat-sangat....

Wednesday, July 1, 2009

Sesaat Teralpa


Ada kalanya nak marah pun ada juga dengan Hakeem nie....Hakeem nie terlalu aktif dari abangnya farhan,sampaikan saya dan suami pun naik penat melayan keletahnya....tak boleh duduk diam ada-ada saja agenda yg dibuatnya dalam diam....


Oleh kerana terlepas pandang semalam Hakeem buat sesuatu yg menjadi kebiasaan abahnya iaitu bercukur....slalunya pisau cukur tue terletak di tempat tinggi entah macam mana semalam mungkin suamiku terlupa menyimpannya lalu jadi barang mainan Hakeem....

Saya terkejut kerana apabila nak masuk ke toilet tapi berkunci dari dalam....setelah dipanggil berulang kali barulah ada jawapan,dalam hati dah rasa tak sedap kerana dah tahu jika Hakeem orangnya mesti ada sesuatu yang dibuatnya.....lalu bertanya pada Hakeem apa dibuatnya dalam toilet....katanya kencing tapi saya tak percaya lalu saya amati raut wajahnya betul2....alangkah terkejutnya saya bila mendapati ada titisan warna merah di atas mulutnya....


Setelah diperiksa dengan teliti ternyata itu darah....setelah berkali2 disoal barulah Hakeem menjawab 'De wat cam abah'.....rupa2nya dia mengikut cara abahnya bercukur itu yang sampai luka2 atas mulutnya....masa tue nak marah pun ada juga....nak ketawa pun ada juga....bercampur baur dah perasaan.....

Nak marah beriya-iya pun tak ada faedahnya coz kecuaian tue datang dari pihak saya dan suami....lepas nie kena sentiasa beringat agar perkara yg sama tak berulang lagi....budak-budaklah katakan nampak sesuatu perkara baru ada saja nak dibuatnya....nasib baiklah juga tak dicukurnya kening kalau tak jadi macam 'Alien' dibuatnya......