Blog Kekasih

Wednesday, August 4, 2010

Sabar Jer Laa

Kenapa dan mengapa orang yang tak banyak bercakap nie selalu ditindas orang....selalu diperlakukan seperti orang yang tak punya perasaan.Aku pun tak faham,apa mereka ingat orang yang pendiam macam aku nie tak reti marah bila dikata macam-macam.Selami nie aku berdiam bukan kerana aku takut tapi aku masih hormat pada mereka-mereka yang mengata & mengeji aku.

Tapi aku rasa semakin aku berdiam diri dan buat tak tahu saja dengan umpat keji mereka pada aku semakin menjadi-jadi pula.Entah apa lagi yang tak betul pun aku tak tahulah,aku dah buat semua yang termampu agar mereka puas hati dengan aku tapi nampak gayanya masih ada kekurangan pada mereka agaknya.....sampai bila agaknya aku harus menjaga hati mereka sedangkan hati aku yang sakit tiada siapa yang peduli.....

Aku dah jemu dan bosan selalu disalahkan atas kesalahan orang lain.Aku rasa baik aku buat tak tahu jer dengan mereka yang tidak puas hati dengan aku...dah sampai masanya aku menjaga hati aku sendiri dari terus disakiti dan disakiti....jika aku asyik nak menjaga hati mereka jer tapi hati dan perasaan aku pula sentiasa disakiti tiada gunanya.

Kesabaran aku dah semakin tipis kerana itulah aku buat keputusan untuk tidak endahkan lagi kata-kata umpatan,kejian,hinaan dan sewaktu dengannya mereka terhadap aku....janji apa yang aku lakukan kini menggembirakan aku dan tidak buat aku rasa bosan,bengang dan sakit hati.....janji apa yang aku lakukan kini suami aku tahu dan buat aku gembira dengan kehidupan aku.....

Yang pasti aku tidak akan membalas setiap kata-kata umpatan,kejian,hinaan dan seangkatan dengannya,walaupun hati aku sakit sangat dikata sebegitu bagi aku biarlah Allah S.w.t yang membalas setiap apa yg mereka lemparkan tohmahan pada aku tue kerana Ia lebih mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah.....

Walaupun aku dilemparkan dengan kata-kata tohmahan yang menyakitkan hati tapi aku bersyukur sesangat kerana suami aku menjadi penguat semangat aku dan menenangkan aku agar tidak endahkan dengan kata-kata mereka....yang penting sekarang bagi aku hanyalah kegembiraan aku,suami serta anak-anak kami,yang remeh temeh nie jangan hiraukan.....betullah bagai dikata 'Rambut Sama Hitam Tapi Hati Lain-Lain'.................

Tuesday, July 13, 2010

Hatiku Terguris



Malam 12 Julai 2010, Selasa jam 8.42 minit malam, telefon genggam suami aku bergetar. Memang tabiat dia suka sangat menyettingkan telefonnya dalam keadaan ’silent mode’, cukup sekadar bergetar. Katanya tak suka bising-bising dan akibat tabiatnya yang sedemikian, banyak panggilan yang dia ’miss’.



Aku yang kebetulan sedang menyusukan Hadif dan kebetulan pula telefon genggam tersebut berada berhampiranku(satu lagi tabiat dia, suka sangat tinggalkan telefon merata-rata) segera membuka sms dan membacanya. Usai membaca, aku jadi geram dan sakit hati. SMS yang masuk benar-benar merobek hati aku sebagai seorang isteri dan ibu.



’ Maaf, ini ada penjaga anta sms pd sy. ”salam cikgu, nti tlg bgtau dgn pelajar Haris Farhan, bnyak brg tulis denis imran dia rosakn, ari ni pensil plak kne amik..ari2 denis mengadu..hrp ckgu dpt bgtau bdak tu. Harap dapat kerjasama”. Jgn ambik ati sngat, budak2...sabar ye’.



Begitulah isi kandungan sms yang dihantar. Dari guru kelasnya Arean. Guru kelas itu kawan semaktab dengan suami aku, jadinya memang kenal sangatlah. Jadi setiap perkara yang terjadi kepada Arean akan segera diberitahu. Pernah sekali tue, si Arean nie tak tukar lagi baju PJ ke baju sekolah. Dia sms suami aku bagitau yang Arean tak bawa baju sekolah. Sedanngkan baju sekolah dah pun aku masukkan dalam beg sekolahnya cuma Arean je yang tak tukar lagi sebab bimbang tak sempat nak salin latihan yang diberi di papan putih ke dalam buku latihan.



Memang aku puji sikap guru tersebut. Cuma yang buat aku sakit hati sangat bila anak aku dituduh mengambil dan merosakkan harta orang lain. Aku kenal anak aku. Tahu bagaimana perangainya. Aku yang mengasuh dan mendidiknya. Tiap baik buruk Arean, aku yang bertanggungjawab sepenuhnya. Kalau ikutkan hati aku yang tengah mendidih, memang aku minta nombor telefon penjaga tue...sedap jer nak tuduh anak aku macam-macam tapi mujurlah suami aku nie yang sabarkan. Betullah kata orang, kalau isteri tengah marah, suami tolong redakan dan begitulah sebaliknya. Kalau dua-dua api, alamatnya punah ranahlah.



Bila suami aku balik dari masjid, segera si Arean nie mengadu dan bagitau yang dia tak ambil dan tak rosakkan pun alat tulis kawannya itu. Arean nie memang takut kalau abahnya marah, jadi sebelum apa-apa lagi dia dah bagitau dulu. Maka Arean pun disoalsiasat sekali lagi setelah aku menyoalnya sebelum abahnya pulang. Jawapan yang diberi tetap sama. Dia tak ambil dan rosakkan pun alat tulis kawannya itu. Cuma katanya dia pinjam pensil warna dan telah pun dipulangkan. Suami aku berpuas hati dengan penjelasan yang diberi oleh Arean dan mengajar bagaimana untuk memberitahu kepada guru kelasnya bahawa dia tidak pun mengambil apatah lagi merosakkan alat tulis kawannya itu.



Sebenarnya alat tulis si Arean pun selalu hilang terutamanya pensil. Tiap malam aku akan periksa semua kelengkapan belajarnya. Dan selalu aku dapati pensilnya hilang. Bila ditanya, jawapan yang diberi ialah kawannya pinjam dan tidak memulangkannya. Tapi aku tidaklah sampai mengadu kepada guru kelasnya. Cuma aku berpesan, jika kawan pinjam, minta semula selepas kawan tue selesai mengunakannya.



Dan guru kelas Arean berjanji akan menyiasat perkara sebenar yang terjadi setelah suami aku menghubunginya untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya. Maka aku sedang menanti apakah keputusan siasatan yang dilakukan oleh guru kelas tersebut. Kalau perlu panggil H(CSI MIAMI), panggillah aku tak kisah asalkan aku dapat buktikan yang anak aku tak bersalah.


Monday, July 12, 2010

Sepi Tanpa Berita

Lama aku menyepi. Bebanan tugas yang entah bilakan berakhir makin hari makin menghimpit. Saban hari aku dikelilingi oleh tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak. Bukan aku mengeluh cuma adakalanya aku merasa amat letih dan lelah. Sejak dari celik mata di dinihari hingga ke larut malam, aku sentiasa sibuk melayan suami dan anak-anak.

Dan tanggungjawab aku makin bertambah sejak kelahiran orang baru dalam keluarga. Muhammad Hadif Qayyim, putera keempat yang menghiasi gerbang perkahwinan aku bersama suami. Rutin harian aku menjadi padat hinggakan untuk meluangkan waktu menulis di blog ini pun tidak berkesempatan. Kepada mereka yang sudi berkunjung, aku ucapkan terima kasih. Insyallah, aku akan cuba mencari ruang-ruang yang ada untuk berkongsi rasa dan cerita di blog ini.

Wednesday, March 10, 2010

Kerana Aku Seorang Isteri

Sayang...,
Terima kasih ku ucapkan,
Di atas kasih sayang,
serta perhatian yang kau curahkan,
Padaku selama ini.

Tak pernah ku sesali dengan perkahwinan ini,
Walau berbagai-bagai dugaan, cacian dan hinaan,
Yang terpaksa aku tempuhi hidup bersamamu,
Namun aku redha dan pasrah dengan suratan ini,
Walaupun sentiasa dibelenggu masalah dan kesedihan,
Namun ku kuatkan diri kerana tidak mahu melihatmu susah hati,

Ketahuilah oleh mu wahai sayang,
Kasih sayang serta rasa cinta,
di hati ini tidak pernah luntur,
Malah semakin hari semakin bertambah,
rasa kasih, sayang dan cintaku padamu sayang,
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 9...SAYANGKU.

Saturday, January 9, 2010

Selamat Tinggal Kedukaan.....

Dah lama rasanya aku tak bersihkan sawang-sawang kat sini.....tetiba plak hari nie datang rajin aku untuk membersihkannya.Kalau tak silap aku kali terakhir aku kuarkan n3 pada 9/12/09.....skang nie kita dah menjejakkan kaki ke tahun 2010.....agak lamalah juga tue!
Masuknya tahun baru semua orang mesti ada azam baru tapi ada juga yang masih dengan azam lamanya coz azam lamanya masih tak tercapai-capai....tak terkecuali juga aku!Aku pun mempunyai azam yang baru tapi dalam masa yang sama aku mengharapkan agar azam dan impian aku pada tahun sebelum nie yang tak tercapai akan tercapai....Insyaallah.
Pada tahun 2009 banyak suka dan duka yang aku tempuhi dalam menempuh kehidupan ini.Terlalu banyak pahitnya daripada manis liku-liku kehidupan yang terpaksa aku harungi demi kasih,sayang dan cinta terhadap insan yang bernama 'Suami'.....terpaksa cekalkan hati,kuatkan sabar dan iman,pekakan telinga dan sewaktu dengannya lagi.Terpaksa berkorban perasaan sendiri demi untuk lihat orang lain tidak terluka.....terpaksa dalam setiap perkara yang aku lakukan......
Semoga tahun baru nie tidak akan mengulangi lagi setiap apa yg menyakitkan aku....dan dengan kehadiran tahun baru ini juga aku mengharapkan ada sinar baru dalam kehidupan aku sekeluarga dalam menempuh hari-hari yang bakal kami sekeluarga harungi.....biarlah apa sahaja yang terjadi pada tahun 2009 terus luput dari ingatan aku sepertimana tahun 2009 meninggalkan kita semua.....
Mudah-mudahan tahun ini Allah S.W.T murahkan pintu rezeki untuk aku sekeluarga....agar aku tidak payah lagi mendengar kata-kata yang menyakitkan hati dan aku tidak lagi dipersalahkan atas apa yang terjadi......semoga tahun ini juga memberi sinar kegembiraan dalam kehidupan aku sekeluarga.....Insyaallah!
Selamat tahun baru 2010 kepada semua blogger2 disini....semoga apa yang anda semua hajati pada tahun lepas tercapai....semoga berjumpa lagi di lain kesempatan......