Aku hanya seorang isteri...yang menerima setulus hati seorang suami..., Utuh mengenggam janji yang dimeterai..., Untuk bersama melayari bahtera kehidupan.
315 : Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke 11, De
-
- Eleven start with letter E. which shows an excellent and extraordinary
child you’ve always been to us. May all your days be full of joy. Happy
...
Lama tak menulis di sini. Beban tugas yang entah bilakan berakhir sentiasa menghambat aku saban waktu. Menguruskan 4 orang hero bukan tugas yang mudah. Ada sahaja karenah dan gelagat yang menaikkan amarah aku. Namun segala penat dan lelah menguruskan rumahtangga lenyap tiap kali menatap wahaj-wajah mulus mereka. Merekalah racun, merekalah penawar.
Baru-baru nie, hero yang sulung dapat nombor 2 dalam peperiksaan akhir tahun. Alhamdulillah, berbaloi aku membebel saban waktu memarahinya yang sering culas dalam mengulangkaji pelajaran. Cuma aku agak terkilan sebab sewaktu dia menerima hadiah, aku tak dapat menyaksikannya kerana hero bongsu buat perangai. Mengamuk nak tidur di dalam dewan. Kesudahannya aku balik tanpa sempat menyaksikan hero sulung aku menerima hadiah. Mr hubby pula kena bertugas menjaga periksa SPM. Kalau tak, dah tentu ada gambar sebagai kenang-kenangan. Untuk memujuk hati sendiri, aku tampalkan beberapa keping gambar tahun lepas sewaktu dia bersekolah di SK Kerayong Jaya. Tahun lepas pun dia dapat nombor 2. Semoga dia akan terus berjaya pada masa akan datang.
Menerima hadiah daripada YB Mohd Fadil Osman Adun Kemayan.
Bertemu kembali setelah sekian lama aku menyepikan diri.....bersawang berbagai dah blog yang aku tinggalkan kalu tak silap hampir setahun aku tinggalkan.Bukannya tiada idea utk menulis cuma beban kerja rumah disamping dgn anak2 yang membataskan aku untuk post n3 baru.....aku kena utamakan mana yang penting dahulu.....kini aku kembali......
Kalau tak silap aku berhenti dari melawat blog nie bila aku pregnant anak yg ke 4.Iyelah pregnant aku yg sebelum2 nie semuanya takde problem itu yg membolehkan aku mengadap komputer tulis n3 baru tapi yg ke 4 ni banyak sangat masalahnya....dengan kencing manisnya,dengan kurang darahnya dan macam2 lagi....kerana risau dengan semua masalah2 itu yg memaksa aku lupakan mengadap komputer....aku takut sebenarnya....hahahaha
Kini semuanya telah selamat & tiada masalah lagi yang perlu aku risaukan....cuma aku kena pandai bahagikan masa antara anak,suami,kerja2 rumah & mengadap komputer....kalu aku alpa sedikit sahaja dengan mengadap komputer jawabnya tak makanlah hubby aku & anak2 aku....mungkin juga keadaan rumah pun macam tongkang pecah coz leka dengan menulis serta membaca blog kawan2 disini.....
Aku rasa cukuplah aku membebel dulu....insyaallah n3 terbaru akan aku masukkan dalam 2-3 hari nanti....nak cari idea yang kaw2 untuk menulis......jumpa lagi kawan2 semua.......
Kenapa dan mengapa orang yang tak banyak bercakap nie selalu ditindas orang....selalu diperlakukan seperti orang yang tak punya perasaan.Aku pun tak faham,apa mereka ingat orang yang pendiam macam aku nie tak reti marah bila dikata macam-macam.Selami nie aku berdiam bukan kerana aku takut tapi aku masih hormat pada mereka-mereka yang mengata & mengeji aku.
Tapi aku rasa semakin aku berdiam diri dan buat tak tahu saja dengan umpat keji mereka pada aku semakin menjadi-jadi pula.Entah apa lagi yang tak betul pun aku tak tahulah,aku dah buat semua yang termampu agar mereka puas hati dengan aku tapi nampak gayanya masih ada kekurangan pada mereka agaknya.....sampai bila agaknya aku harus menjaga hati mereka sedangkan hati aku yang sakit tiada siapa yang peduli.....
Aku dah jemu dan bosan selalu disalahkan atas kesalahan orang lain.Aku rasa baik aku buat tak tahu jer dengan mereka yang tidak puas hati dengan aku...dah sampai masanya aku menjaga hati aku sendiri dari terus disakiti dan disakiti....jika aku asyik nak menjaga hati mereka jer tapi hati dan perasaan aku pula sentiasa disakiti tiada gunanya.
Kesabaran aku dah semakin tipis kerana itulah aku buat keputusan untuk tidak endahkan lagi kata-kata umpatan,kejian,hinaan dan sewaktu dengannya mereka terhadap aku....janji apa yang aku lakukan kini menggembirakan aku dan tidak buat aku rasa bosan,bengang dan sakit hati.....janji apa yang aku lakukan kini suami aku tahu dan buat aku gembira dengan kehidupan aku.....
Yang pasti aku tidak akan membalas setiap kata-kata umpatan,kejian,hinaan dan seangkatan dengannya,walaupun hati aku sakit sangat dikata sebegitu bagi aku biarlah Allah S.w.t yang membalas setiap apa yg mereka lemparkan tohmahan pada aku tue kerana Ia lebih mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah.....
Walaupun aku dilemparkan dengan kata-kata tohmahan yang menyakitkan hati tapi aku bersyukur sesangat kerana suami aku menjadi penguat semangat aku dan menenangkan aku agar tidak endahkan dengan kata-kata mereka....yang penting sekarang bagi aku hanyalah kegembiraan aku,suami serta anak-anak kami,yang remeh temeh nie jangan hiraukan.....betullah bagai dikata 'Rambut Sama Hitam Tapi Hati Lain-Lain'.................
Malam 12 Julai 2010, Selasa jam 8.42 minit malam, telefon genggam suami aku bergetar. Memang tabiat dia suka sangat menyettingkan telefonnya dalam keadaan ’silent mode’, cukup sekadar bergetar. Katanya tak suka bising-bising dan akibat tabiatnya yang sedemikian, banyak panggilan yang dia ’miss’.
Aku yang kebetulan sedang menyusukan Hadif dan kebetulan pula telefon genggam tersebut berada berhampiranku(satu lagi tabiat dia, suka sangat tinggalkan telefon merata-rata) segera membuka sms dan membacanya. Usai membaca, aku jadi geram dan sakit hati. SMS yang masuk benar-benar merobek hati aku sebagai seorang isteri dan ibu.
’ Maaf, ini ada penjaga anta sms pd sy. ”salam cikgu, nti tlg bgtau dgn pelajar Haris Farhan, bnyak brg tulis denis imran dia rosakn, ari ni pensil plak kne amik..ari2 denis mengadu..hrp ckgu dpt bgtau bdak tu. Harap dapat kerjasama”. Jgn ambik ati sngat, budak2...sabar ye’.
Begitulah isi kandungan sms yang dihantar. Dari guru kelasnya Arean. Guru kelas itu kawan semaktab dengan suami aku, jadinya memang kenal sangatlah. Jadi setiap perkara yang terjadi kepada Arean akan segera diberitahu. Pernah sekali tue, si Arean nie tak tukar lagi baju PJ ke baju sekolah. Dia sms suami aku bagitau yang Arean tak bawa baju sekolah. Sedanngkan baju sekolah dah pun aku masukkan dalam beg sekolahnya cuma Arean je yang tak tukar lagi sebab bimbang tak sempat nak salin latihan yang diberi di papan putih ke dalam buku latihan.
Memang aku puji sikap guru tersebut. Cuma yang buat aku sakit hati sangat bila anak aku dituduh mengambil dan merosakkan harta orang lain. Aku kenal anak aku. Tahu bagaimana perangainya. Aku yang mengasuh dan mendidiknya. Tiap baik buruk Arean, aku yang bertanggungjawab sepenuhnya. Kalau ikutkan hati aku yang tengah mendidih, memang aku minta nombor telefon penjaga tue...sedap jer nak tuduh anak aku macam-macam tapi mujurlah suami aku nie yang sabarkan. Betullah kata orang, kalau isteri tengah marah, suami tolong redakan dan begitulah sebaliknya. Kalau dua-dua api, alamatnya punah ranahlah.
Bila suami aku balik dari masjid, segera si Arean nie mengadu dan bagitau yang dia tak ambil dan tak rosakkan pun alat tulis kawannya itu. Arean nie memang takut kalau abahnya marah, jadi sebelum apa-apa lagi dia dah bagitau dulu. Maka Arean pun disoalsiasat sekali lagi setelah aku menyoalnya sebelum abahnya pulang. Jawapan yang diberi tetap sama. Dia tak ambil dan rosakkan pun alat tulis kawannya itu. Cuma katanya dia pinjam pensil warna dan telah pun dipulangkan. Suami aku berpuas hati dengan penjelasan yang diberi oleh Arean dan mengajar bagaimana untuk memberitahu kepada guru kelasnya bahawa dia tidak pun mengambil apatah lagi merosakkan alat tulis kawannya itu.
Sebenarnya alat tulis si Arean pun selalu hilang terutamanya pensil. Tiap malam aku akan periksa semua kelengkapan belajarnya. Dan selalu aku dapati pensilnya hilang. Bila ditanya, jawapan yang diberi ialah kawannya pinjam dan tidak memulangkannya. Tapi aku tidaklah sampai mengadu kepada guru kelasnya. Cuma aku berpesan, jika kawan pinjam, minta semula selepas kawan tue selesai mengunakannya.
Dan guru kelas Arean berjanji akan menyiasat perkara sebenar yang terjadi setelah suami aku menghubunginya untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya. Maka aku sedang menanti apakah keputusan siasatan yang dilakukan oleh guru kelas tersebut. Kalau perlu panggil H(CSI MIAMI), panggillah aku tak kisah asalkan aku dapat buktikan yang anak aku tak bersalah.
Lama aku menyepi. Bebanan tugas yang entah bilakan berakhir makin hari makin menghimpit. Saban hari aku dikelilingi oleh tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak. Bukan aku mengeluh cuma adakalanya aku merasa amat letih dan lelah. Sejak dari celik mata di dinihari hingga ke larut malam, aku sentiasa sibuk melayan suami dan anak-anak.
Dan tanggungjawab aku makin bertambah sejak kelahiran orang baru dalam keluarga. Muhammad Hadif Qayyim, putera keempat yang menghiasi gerbang perkahwinan aku bersama suami. Rutin harian aku menjadi padat hinggakan untuk meluangkan waktu menulis di blog ini pun tidak berkesempatan. Kepada mereka yang sudi berkunjung, aku ucapkan terima kasih. Insyallah, aku akan cuba mencari ruang-ruang yang ada untuk berkongsi rasa dan cerita di blog ini.