Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga dengan kasih sayang,keikhlasan dan kejujuran tentu ingin membina mahligai bersama dengan kebebasan tanpa mana-mana kongkongan....tak terkecuali aku dan suami!
Pada awal-awal usia perkahwinan aku dan suami dapat merasakan kebebasan itu.Benarlah kata orang jika kita dah berkeluarga ada baiknya jangan sesekali menetap satu rumah dengan ibu bapa sendiri mahupun ibu bapa mertua....kerana jika tidak kebebasan kita sebagai suami isteri sedikit sebanyak akan tergugat....
Aku berkata begitu kerana aku merasainya dan bukannya sekadar kata-kata kosong....semasa aku dan suami tinggal hanya kami sekeluarga sahaja dapat aku rasakan kebebasan seperti pasangan suami isteri yang lain....bebas untuk kemana-mana sahaja tanpa ada halangan dari mana-mana pihak.Tetapi kebebasan yang aku dan suami kecapi tidak bertahan lama, kerana pada pertengahan tahun 2006 atas sebab-sebab kesihatan kedua orang tua suamiku yang tidak mengizinkan suamiku terpaksa berpindah dan duduk serumah dengan ibu bapanya.
Ketika suamiku beritahu berita itu amat berat sekali untuk aku menerimanya....tetapi apakan daya aku sebagai seorang isteri hanya mampu mengikut sahaja kemana arah tuju suamiku....perasaan aku ketika itu terlalu sukar untuk diungkapkan,benar-benar kecewa dan hampa kerana aku tahu apa yang akan aku tempuhi kelak!Tetapi aku cuba pendamkan rasa kekecewaan aku dari pengetahuan suami kerana tidak mahu suamiku rasa bersalah.....
Ternyata apa yang aku sangkakan terjadi juga....kebebasan yang aku dan suami kecapi sebelum ini tergugat jua akhirnya.....sukar untuk aku dan suami menerimanya tapi apakan daya dah terpaksa tempuhinya juga!Kekadang tue timbul rasa bosan dan bengang serta nak marah sahaja kerana setiap apa yang kami lakukan dikongkong....hairan pun ada juga kenapa ini semua yang aku dan suami harus terima dalam zaman moden ini.......
Bagi pihak aku memang sukar untuk aku terima setiap kongkongan kebebasan itu kerana buat apa nak menghalang kebebasan aku dan suami.....kami berdua bukannya budak-budak lagi tak tahu membezakan mana yang baik dan buruk sesuatu perkara itu,lagipun kami berdua dah besar panjang dan tahu berfikir sematangnya....aku tak tahulah pada pandangan suamiku macam mana tapi aku rasa mana ada lelaki yang suka kehidupannya dikongkong.....tapi aku tahu apa yang aku rasa begitu juga dengan suamiku......
Entah sampai bilalah ini semua akan berakhir dan aku dan suami dapat kecapi semula kebebasan kami berdua macam pasangan suami isteri yang lain.....lagipun aku dan suami berada di zaman serba canggih dan bukannya di zaman dulu kala.....aku dan suami hanya inginkan pengertian apa yang kami rasa hidup tanpa kebebasan....tiada niat untuk memburukkan sesiapa pun.......jika orang lain berada di tempat aku mahupun suami tentu akan rasakan benda yang sama.....Berilah aku dan suami ruang kebebasan untuk membuat sesuatu perkara sendiri dan bukannya ditunjuk ajar.........
7 comments:
Salam..
Kadangkala banyak perkara yang kita kena korbankan demi org lain..
Tapi percayalah, satu hari pasti kebahagiaan akan menyebelahi kita.
Semoga tabah ya..
salam kak,
terus kuatkan semangat ok??
Segala-galanya bermula dengan minda kita. Dalam suasana yang negatif, memang sukar untuk berfikir positif. Namun jika kita mampu mengubah apa yang kita fikirkan insyaAllah di situ letaknya kebebasan sebenar. Mudah-mudahan Ieyla dapat bersabar sebagaimana sabarnya Nabi Ayob.
LotsOfLove;
Entahlah kak,tak daya dah bersabar kerana kesabaran saya dah sampai had limit nya....saya berserah pada Yg Maha ESA jer agar segala kesusahan dan kesulitan yang saya terima nie dapat saya terus hadapinya dengan kuat semangat......
GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr;
Insyaallah,akan beruasaha menjadi tabah dan kuatkan semangat nie....terima kasih atas kata2 semangat.....
Tirana;
Semoga Allah Taala kuatkan semangat serta kesabaran saya dengan segala kesulitan ini....Insyaallah.....
salam kak,
sabarlah kak..mmg payah klu urusan kita dicampuri oleh org lain..bykkan doa yer kak...
hi dear..banyakkan bersabar ye..semua yang berlaku ader hikmahnye..mmg la senang berkata2 sebab berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul kan..
eiza in the house;
Salam kenal...memanglah susah utk diterima bila urusan kita dicampuri orang tambahan pula bila kita dan berkeluarga....entahlah susah nak cakap bila dah jadi macam nie....
MarlissaMusa;
Salam...betullah kata akak tue memang berat pun bagi org yg laluinya...silap hari bulan jika tak kuat semangat dan banyakkan bersabar boleh gila dibuatnya....
Post a Comment