Blog Kekasih

Monday, July 12, 2010

Sepi Tanpa Berita

Lama aku menyepi. Bebanan tugas yang entah bilakan berakhir makin hari makin menghimpit. Saban hari aku dikelilingi oleh tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak. Bukan aku mengeluh cuma adakalanya aku merasa amat letih dan lelah. Sejak dari celik mata di dinihari hingga ke larut malam, aku sentiasa sibuk melayan suami dan anak-anak.

Dan tanggungjawab aku makin bertambah sejak kelahiran orang baru dalam keluarga. Muhammad Hadif Qayyim, putera keempat yang menghiasi gerbang perkahwinan aku bersama suami. Rutin harian aku menjadi padat hinggakan untuk meluangkan waktu menulis di blog ini pun tidak berkesempatan. Kepada mereka yang sudi berkunjung, aku ucapkan terima kasih. Insyallah, aku akan cuba mencari ruang-ruang yang ada untuk berkongsi rasa dan cerita di blog ini.

2 comments:

hai said...

salam ila,
biasa la,bila ada anak kecik..mmg sibuk sokmo...rumah tu rasanya nampak kemas kejap je...pastu bersepah balik...tu yg buat kita penat...tapi bila anak2 dah semakin membesar,seronoknya lain plak!!masa ni mmg kena byk bersabar...

IS said...

salam Ieyla,
akak phm sgt dah kalo dah namanya kerja rumah tu mmg kerjanya tak penah2 selesai. silap2 bersambung dari malam bawa ke paginya, mmg letih. Hrp Ieyla dpt laluinya dgn baik ya.