Blog Kekasih

Wednesday, December 9, 2009

Cuti....cuti....cuti....


Rasanya hampir 3 minggu aku tak bern3....bukannya tiada cite untuk dikongsi tetapi masa yang tak mengizinkan.Biasalah kalau dah musim cuti sek nie mestilah semakin bertambah2 keje2 rumah....bukannya tidak dapat bantuan daripada suami untuk mengurangkan setiap keje2 di rumah tapi faham2 sajalah dengan kerenah budak2 nie bukannya boleh tengok rumah kemas sedikit mulalah nak disepahnya semula......nak marah pun takde gunanya dah namanya pun budak2.......



Penat tue memanglah penat tapi apakan daya jika aku tak buat semua kerja2 mengemas siapa lagi yang nak buat....aku bukannya ada orang gaji untuk disuruh buat keje2 tue semua ,jawabnya kalu aku tak buat sendiri keje2 mengemas nie mesti rumah aku tak serupa rumah orang mesti macam tempat kucing beranak bersepah bagai nak rak......tak sanggup rasanya nak bayangkan rumah bersepah sedemikian rupa!



Walaupun dalam keadaan tak sihat sekalipun aku tetap akan lakukan kerja2 mengemas apa yang patut....walaupun tak berdaya keje tetap kena dilakukan ala kadar sahaja.Biasalah budak2 dalam keadaan yang nak membesar macam2 benda mereka nak lakukan.....habis semua barang tonggang langgang dibuatnya.....takpe2 sabar-sabar lagipun itu semua untuk kebaikan mereka juga dan untuk perkembangan otak mereka......



Kekadang rasa jemu juga coz setiap hari dok mengulang buat keje yang sama....tetapi apakan daya aku hanya seorang surirumah yang tiada henti2 kerjanya di rumah......ada kalanya aku bersungut juga coz kenapalah keje aku nie tak henti2,kalu berhenti pun hanya sekejap je itupun untuk makan,minum,mandi,sembahyang dan tido.....tapi kalau aku dah jemu dan boring dok buat benda yg sama je aku biarkan jer....lantaklah badan aku pun tahu penat juga bukannya aku robot.....



Kalau angin aku dah sampai jangan haraplah aku nak wat keje....masa tue suami aku tahulah macam mana berat dan penatnya aku wat keje2 di rumah.Tapi alhamdullilah suami aku amat memahami,jika aku tidak berdaya untuk lakukan sebarang keje rumah dia tak kisah, 'dah tak berdaya nak buat macam mana lagi' katanya......pedulikan sesapa nak marah katanya,wat tak tahu jer.....



Inipun aku curi2 waktu sikit....lepas nie entah berapa minggu plak aku kuarkan n3 baru....silap2 hari bulan tahun depan agaknya....ha...ha....ha....dah namanya pun berblog untuk mengisi waktu lapang mestilah jarang2 ada n3 baru......banyak waktu diisi dengan kerja2 rumah dan melayan anak2.....

Monday, November 16, 2009

Bukan Lupa Atau Tak Ingat........




Sebenarnya tanggal 11/11/2009 yang lalu genaplah umur aku 25 tahun....Bukannya aku tak ingat itu tarikh lahir aku dan tarikh makin bertambahnya usia aku tapi dah perangai aku macam nie,walaupun itu hari istimewa aku tapi aku biasa-biasa sahaja macam tiada apa-apa pun yang bermakna pada hari tersebut.



Buat apalah aku nak beriya-iya sangat beritahu orang yang mengenali aku itu tarikh lahir aku,nampak sangat macam aku nie meminta-minta agar mereka berikan aku hadiah.....tolanglah itu bukan jenis mahupun perangai aku,sapa-sapa yang ingat pada tarikh lahir aku tue terserahlah pada empunya diri samada mereka nak beri aku hadiah ataupun sekadar ucapan sahaja.



Aku tak kisah samada dapat hadiah ataupun tidak pada hari lahirku....lagipun tak sukalah beriya-iya sangat menyambutnya.....cukuplah sekadar kata-kata ucapan yang mendoakan kebahagiaan aku sekeluarga,itu dah memadai bagi aku!Ucapan-ucapan yang mendoakan kebahagiaan aku sekeluarga,dimurahkan rezeki dan yang banyak kearah mendoakan aku semuanya datang dari ahli keluarga sendiri....tak lupa juga dari kawan-kawan blogger serta kawan-kawan di facebook.



Aku menghargai ucapan dan doa dari kalian semua.....terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan pada semuanya diatas ucapan dan doa kalian!Tapi dalam banyak-banyak ucapan hari lahir yang paling menyentuh perasaan dan membuatkan aku sayu adalah madah dari orang yang paling aku sayang dan cinta iaitu suami aku.....terlalu menyentuh perasaan aku hingga membuat aku menitiskan airmata ketika membacanya......tersembunyi seribu makna disebalik setiap bait-bait madah itu yang membuatkan aku menitiskan airmata.....walaupun berkali-kali aku membacanya tetap airmataku mengalir di pipi......





Walaupun hanya sekadar madah yang aku dapat dari suamiku di hari lahirku tapi aku terlalu menghargainya.....Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan pada suamiku atas madah yang cukup puitis dan cukup bermakna itu.....aku tidak perlukan hadiah yang mahal-mahal tapi cukuplah bagi aku sekadar suamiku menghargai aku dan menerima aku seadanya....serta sentiasa menjadi tulang belakang penguat semangat untuk aku tempuhi semua dugaan yang datang dalam kehidupan kami sekeluarga......



Lagipun aku bukanlah seorang wanita yang memandang kebendaan....aku hanyalah seorang wanita yang biasa-biasa sahaja yang bukannya mata duitan!Walauapapun dugaan yang datang Aku tetap Aku yang sederhana.......Ketahuilah olehmu wahai suamiku aku tetap menyayangi dan menyintaimu sama seperti di awal perkenalan kita dahulu....sayang abang sangatttttttttt!Biarlah diri ini disakiti sekalipun tetapi kasih sayang saya pada abang tetap sama................



Terima kasih sekali lagi pada semua yang mengucapkan selamat hari lahir padaku......yang paling ucapan terima kasih aku ucapkan pada suamiku yang tercinta dan tersayang...............thanks you so much and love you forever and ever and ever................

Friday, October 30, 2009

Sekadar Menghilangkan Tension....

Sebenarnya aku bercerita di sini bukannya untuk menyakitkan hati sesiapa mahupun memburukkan sesiapa..... tapi sekadar untuk melepaskan rasa tension yang aku tanggung!Tak berniat walaupun sedikit untuk mengguris perasaan sesiapa...
Hanya dengan cara bern3 sahaja dapat aku melupakan sedikit sebanyak tension yang melanda aku.....setiap orang ada cara tersendiri bagaimana caranya untuk melepaskan tension tak terkecuali aku dan suami.Tiada tempat untuk aku luahkan setiap tension yang aku alami melainkan kepada orang yang paling rapat dengan aku tak lain tak bukan suami aku sendiri....

Sekiranya aku meluahkan setiap tension yang aku alami kepada suami aku....sedikit sebanyak akan menyebabkan suami aku murung dan akan menyalahkan diri sendiri....sebolehnya aku taknak suami aku rasa bersalah dan berasa dialah punca yang menyebabkan aku tension.....Aku sedikit pun tidak menyalahkan suami aku.........cukuplah sekadar suami aku memahami aku dan menerima aku seadanya.....

Mungkin ini semua dugaan yang Allah s.w.t turunkan kepada aku sekeluarga untuk menguji sekuat mana keimanan kami terhadapnya.....aku redha tempuhinya hingga ke nafas terakhir andainya itu yang tertulis dan yang perlu aku tempuhi untuk kecapi kebahagiaan bersama suami serta anak-anak.....

Aku minta maaf banyak-banyak sekiranya ada antara n3 aku yang lepas-lepas menyinggung perasaan sesetengah pihak.....dalam bercerita untuk menghilangkan serta melupakan tension aku tak perasan yang aku telah menyinggung perasaan mereka....kepada mereka yang tersinggung dengan n3 aku maaf seribu kali maaf....aku pun seperti insan lain yang punya perasaan serta tak lepas daripada melakukan kesalahan..........

Tuesday, October 27, 2009

Aku....Suami dan Kebebasan........




Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga dengan kasih sayang,keikhlasan dan kejujuran tentu ingin membina mahligai bersama dengan kebebasan tanpa mana-mana kongkongan....tak terkecuali aku dan suami!

Pada awal-awal usia perkahwinan aku dan suami dapat merasakan kebebasan itu.Benarlah kata orang jika kita dah berkeluarga ada baiknya jangan sesekali menetap satu rumah dengan ibu bapa sendiri mahupun ibu bapa mertua....kerana jika tidak kebebasan kita sebagai suami isteri sedikit sebanyak akan tergugat....


Aku berkata begitu kerana aku merasainya dan bukannya sekadar kata-kata kosong....semasa aku dan suami tinggal hanya kami sekeluarga sahaja dapat aku rasakan kebebasan seperti pasangan suami isteri yang lain....bebas untuk kemana-mana sahaja tanpa ada halangan dari mana-mana pihak.Tetapi kebebasan yang aku dan suami kecapi tidak bertahan lama, kerana pada pertengahan tahun 2006 atas sebab-sebab kesihatan kedua orang tua suamiku yang tidak mengizinkan suamiku terpaksa berpindah dan duduk serumah dengan ibu bapanya.


Ketika suamiku beritahu berita itu amat berat sekali untuk aku menerimanya....tetapi apakan daya aku sebagai seorang isteri hanya mampu mengikut sahaja kemana arah tuju suamiku....perasaan aku ketika itu terlalu sukar untuk diungkapkan,benar-benar kecewa dan hampa kerana aku tahu apa yang akan aku tempuhi kelak!Tetapi aku cuba pendamkan rasa kekecewaan aku dari pengetahuan suami kerana tidak mahu suamiku rasa bersalah.....


Ternyata apa yang aku sangkakan terjadi juga....kebebasan yang aku dan suami kecapi sebelum ini tergugat jua akhirnya.....sukar untuk aku dan suami menerimanya tapi apakan daya dah terpaksa tempuhinya juga!Kekadang tue timbul rasa bosan dan bengang serta nak marah sahaja kerana setiap apa yang kami lakukan dikongkong....hairan pun ada juga kenapa ini semua yang aku dan suami harus terima dalam zaman moden ini.......


Bagi pihak aku memang sukar untuk aku terima setiap kongkongan kebebasan itu kerana buat apa nak menghalang kebebasan aku dan suami.....kami berdua bukannya budak-budak lagi tak tahu membezakan mana yang baik dan buruk sesuatu perkara itu,lagipun kami berdua dah besar panjang dan tahu berfikir sematangnya....aku tak tahulah pada pandangan suamiku macam mana tapi aku rasa mana ada lelaki yang suka kehidupannya dikongkong.....tapi aku tahu apa yang aku rasa begitu juga dengan suamiku......


Entah sampai bilalah ini semua akan berakhir dan aku dan suami dapat kecapi semula kebebasan kami berdua macam pasangan suami isteri yang lain.....lagipun aku dan suami berada di zaman serba canggih dan bukannya di zaman dulu kala.....aku dan suami hanya inginkan pengertian apa yang kami rasa hidup tanpa kebebasan....tiada niat untuk memburukkan sesiapa pun.......jika orang lain berada di tempat aku mahupun suami tentu akan rasakan benda yang sama.....Berilah aku dan suami ruang kebebasan untuk membuat sesuatu perkara sendiri dan bukannya ditunjuk ajar.........

Tuesday, October 20, 2009

Aku Tak Bersalah....

Sesiapa sahaja yang berada di tempat aku mesti merasakan tekanan dan tohmahan yang aku terima agak berat dan sukar untuk ditempuhi.Bukannya aku tidak berusaha untuk cuba pulihkan keadaan seperti sedikala,tetapi semakin aku cuba untuk memperbaikinya ada saja perkara-perkara baru yang timbul yang boleh menambahkan lagi tidak puas hati orang nie terhadap aku!

Aku pun manusia biasa juga yang punya hati dan perasaan.Ada kalanya aku banyak mendiamkan diri bila menerima tohmahan sebegitu bukannya bermakna aku tak kisah orang mengata aku....tetapi bagi aku tiada gunanya aku nak bertekak kerana tohmahan yang dilemparkan kepada aku tue sememangnya tidak betul sama sekali.Insyaallah,selagi aku boleh bersabar aku akan kuatkan semangat nie menerima setiap tohmahan yang datang.....

Pada zahirnya di wajah aku pamerkan kegembiraan tapi disebaliknya terselit seribu kesedihan dan kepedihan yang teramat sangat!Kekadang aku bertanya pada diri aku sendiri 'apa dosa dan kesalahan aku sampai sebegini sekali aku diperlakukan'...........belum pernah lagi aku menerima tohmahan sebegitu dalam hidup aku....terlalu sukar untuk aku terimanya dan terlalu menyakitkan hati hingga sukar untuk aku berkata-kata mempertahankan diri sendiri.......


Bukannya aku tak pernah diduga sebelum ini,tapi bagi aku ini adalah dugaan yang paling perit aku terima pada tahun ini........sampaikan satu tahap aku terpaksa mengguris perasaan ibu bapaku kerana tidak mahu masalah yang aku hadapi bertambah rumit,tak sanggup dah rasanya aku melihat suami berterusan dalam keadaan serba salah kerana tersepit dalam dua perkara.....biarlah aku yang berkorban walaupun hatiku sakit menanggungnya.....Seribu kemaafan aku pohon pada ibu bapaku kerana terpaksa buat keputusan begini,lagipun hanya dengan cara itu sahaja aku nampak yang boleh memuaskan hati sebelah pihak lagi dan dengan cara itu juga aku tidak akan terus-terusan dipersalahkan!


Aku harap ibu bapaku faham dengan situasi aku ketika ini dan boleh menerimanya serta tidak menyalahkan aku......aku faham mereka juga ingin bermain dengan cucu-cucu mereka tapi apakan daya aku tidak boleh terlalu kerap balik ke kampungku walaupun dekat atas sebab-sebab yang tertentu.....Aku lakukan ini semua demi kebahagiaan aku bersama suami dan anak-anak........Semoga dengan pengorbanan yang aku lakukan ini dapat memulihkan keadaan seperti sediakala......Terima kasih aku ucapkan pada suamiku kerana banyak memberi semangat dan menenangkan aku agar terus bersabar dengan dugaan yang datang.......Entah bilalah agaknya kami dapat difahami......

Wednesday, September 30, 2009

Aku, Suami Dan Raya.

Raya tahun nie aku sekeluarga sambut dengan sederhana. Maklumlah keadaan ekonomi agak mendukacitakan. Tapi aku seronok sebab tahun nie suami aku setuju nak beraya di kampung aku. Seingat aku sepanjang perkahwinan kami dari 2001 hingga 2009, inilah kali kedua kami beraya di kampung aku. Itu pun sebelum raya iaitu petang Jumaat, dia hantar aku dan anak-anak balik kampung. Lepas tue dia balik semula ke Kerayong sebab banyak kerja yang dia kena buat. Maklumlah anak bongsu. Malam raya baru suami aku balik ke kampung aku. Itu pun sampai dah pukul 10.30 malam. Tapi aku taklah terasa sangat sebab tahun nie kami beraya di kampung aku. Dapatlah aku berkumpul dengan adik beradik aku.

Petang sebelum raya, aku sibuk menolong mak dan abah aku melakukan persiapan untuk raya. Macam-macam yang kami sediakan. Lemang, ketupat, rendang, sup tulang, kuah kacang dan banyak lagi. Petang tue, hujan turun tiba-tiba. Kelam kabut abah dan Acik Wan pasang khemah yang Ateh gunakan untuk berniaga di pasar Ramadhan. Kesian mereka kena bakar lemang dalam hujan. Malamnya lepas berbuka, masing-masing berkumpul dengan tv menunggu pengumuman raya. Walau dah heboh satu Malaya yang raya hari Ahad, tapi pengumuman raya tetap ditunggu-tunggu. Satu kenangan yang amat bermakna.
Pagi raya, aku sibuk siapkan pakaian suami dan anak-anak. Tahun nie suami aku pilih warna oren untuk baju melayu dia dan anak-anak. Itu pun puas aku pujuk supaya beli. Kalau ikutkan dia, memang tak dibelinya. Baju tahun lepas elok lagi katanya. Baju tue kami beli kat Triang. Murah jer. Baju anak-anak tue 2 pasang RM30 dan baju suami aku tue plak harganya RM25 sepasang. Kalau beli 2 pasang, harganya RM40. Macam tak percaya jer sebab aku tengok kualiti kain dia pun ok dan jahitannya pun kemas.
Tahun nie suami aku bawa sekali 2 orang hero dia ke masjid. Lepas solat sunat, mereka ke kubur arwah anak aku yang sulung. Terkilan juga aku sebab suami aku pergi tak bawa aku bersama. Tapi tak pe lah...lagi pun aku faham perasaan suami aku yang sampai sekarang masih lagi dibayangi kenangan pahit itu. Balik dari kubur, Arean sibuk bertanya itu ini dengan aku pasal arwah abang dia. Terpaksalah aku jawab sebaik mungkin. Nak harapkan suami aku, lambat lagi laa kalau dia nak cerita pasal arwah anak sulung kami ke anak-anak yang lain.
Lepas Asar, kami balik Kerayong. Aku tengok tahun nie suami aku lain macam sikit. Macam buang tebiat. Semangat raya dia entah ke mana menghilang. Sejak awal Ramadhan lagi dia langsung tak sebut pasal beli baju raya atau beli kuih raya. Aku nie laa yang sibuk bercakap itu ini tapi dia buat-buat tak dengar aje. Puas dah aku bertanya tapi jawapannya 'tak de apa-apa'. Akhirnya aku mengalah dan berdiam diri.
Hari raya kedua kami sekeluarga memerap kat rumah. Mak mertua dan adik beradik ipar duai aku semua beraya ke rumah sanak saudara. Dari pagi sampailah ke tengahari, suami aku dok menghadap tv dengan anak-anak. Lepas Zohor, barulah dia ajak aku beraya ke rumah kakak dia dia Lebak. Malam baru kami balik. Sampai kat rumah, kami dapati dekoder astro kami rosak disambar petir. Menurut kata Embong, 2 kali elektrik terpadam gara-gara guruh dan kilat yang amat kuat.
Raya ketiga, kami balik semula ke Kemayan. Alah bukannya jauh pun. dalam 25km aje jarak di antara Kerayong dan Kemayan. Petang tue kami ke Keratong 7, rumah mak saudara iaitu kakak mak aku. Malam baru kami balik. Raya keempat, suami aku buat perangai lagi. Dari pagi sampai tengahari, dia dok melepak atas katil layan laptop. Entah apa yang dibuatnya pun aku tak tahu. Jenuh aku mengajak dia beraya ke rumah sanak saudara tapi dia langsung tak beri respon. Kadang-kadang aku pelik dengan suami aku nie. Kalau mood dia baik, ajak ke bulan pun dia sanggup bawa aku tapi kalau masa angin kus-kus dia datang, nak suruh buat susu anak pun dia buat-buat pekak.
Lepas Zohor, angin kus-kus dia dah hilang. Ringan jer mulut dia ajak aku beraya ke rumah Acik Wan dan Acik Ilah kat Paloh Hinai. Aku pun apa lagi cepat bersiap sebelum angin kus-kus dia datang balik. Berayalah kami di Paloh Hinai. Tapi suami aku nie memang jenis susah nak diduga. Boleh dia beraya ke rumah orang bawa laptop. Masa orang lain sibuk berborak, dia dok menghadap laptop dia tue. Nasib baiklah keluarga aku nie jenis tak kisah. Kalau tak mahu malu aku dengan perangai laki aku nie.
Raya keempat, kami ke Segamat. Rumah kakak ipar aku yang no 2. Raya nie dia tak balik sebab anak dia baru sembuh dari kemalangan jalan raya 2-3 hari sebelum puasa. Kami ikut Bera Selatan terus ke Keratong dan terus ke Segamat. Si Arean pulak kalau dah ke rumah Mak Ngahnya mesti minta durian. Nasib baik ada jual durian. Kalau tak mahu 'Hot FM' suami aku nie dengan kerenah anak jantan tue. Tapi bila suami aku cakap masa balik nanti baru beli, mula laa si Arean nie buat muka seposen dia. Sampai kat rumah kakak ipar aku, terus suami aku serbu ke dapur sebab perut dah keroncong. Dalam perjalanan ada suami aku belikan roti canai di Simpang Sebertak tapi habis licin dibedal dek hero-hero dia. Si Arean pulak kalau dah ke rumah Ayah Ngahnya memang dok menghadap komputer. Kena pulak Ayah Ngahnya rajin melayan.
Lepas Zohor, mak dan ayah mertua aku dah siap-siap nak balik Kerayong. Dalam perjalanan balik, singgah beli durian. Suami aku beli sebiji jer. Mahal katanya, sekilo RM8. Tapi isinya memang sedap. Kami 3 beranak jer yang makan durian tue. Suami aku langsung tak dijamahnya. Dia memang kurang gemar dengan durian.
Raya kelima dan sehinggalah ke entri nie ditulis, kami memerap aje kat rumah. Ada laa jugak sedara mara dan kawan-kawan yang datang. Nasib baik aku baru belajar masak laksa jadi dapatlah aku mempraktiknya. Alhamdulillah. Dari komen orang yang memakannya, rasanya sedap. Aku sendiri yang masak pun rasa sedap. Tapi suami aku dari pagi hingga ke petang langsung tak dijamahnya. Malam tue baru laa mengadu lapar. Aku pun hidangkan laksa yang sengaja aku simpan untuk dia. Ada ke patut dia cakap, kalau dah lapar yang tak sedap pun telan ajer...
Cukup aku cerita pasal aku, raya dan suami. Jom layan gambar masa raya.

Ini gambar hero-hero aku di pagi raya.


Arean yang asyik main game. Saling tak ubah macam perangai abah dia. Orang sibuk beraya, dia sibuk main game.


Arekeem tersengih bangga sebab kali pertama ke masjid untuk sembahyang raya.


Siap tunjuk duit raya yang dia dapat kat masjid.

Kalau suami aku tahu yang aku upload gambar nie, mesti dia delete punya. Dia nie jenis yang suka ambil gambar tapi payah sangat nak bergambar. Nie pun puas aku pujuk barulah dia nak bergambar.

Tuesday, September 8, 2009

BELAJAR BERPUASA......

Tahun ini merupakan tahun pertama anak saya yang bernama Farhan belajar berpuasa.Rasanya dah sampai waktunya saya dan suami mengajar Farhan melakukan rukun islam ke-3 nie....lagipun sesuai dengan umurnya yang sudah 6 tahun,jika tidak diajar dari sekarang bila lagi.

Biasalah namanya pun budak-budak mesti banyak ragam dan kerenah bila disuruh berpuasa,Farhan pun tidak terkecuali.Tapi Farhan nie senang untuk memujuknya agar berpuasa, tapi yang paling susah sekali bila nak kejutkannya bangun untuk bersahur....seawal mungkin saya kejutkannya tapi bila waktu dah hampir-hampir nak habis barulah Farhan nie bangun.Perasaan kesian tu ada tapi sekiranya tidak bersahur nanti takut Farhan tu lapar pula....tambahan pula dia bersekolah.

Tapi saya dan suami tidaklah terlalu tegas sekiranya Farhan tidak berdaya dan ingin berbuka puasa....lagipun Farhan baru hendak berjinak-jinak belajar tiada salahnya diberi kelonggaran sedikit.Lama-kelamaan saya rasa Farhan akan terbiasa juga bila berpuasa tidak boleh makan,minum,dan beberapa perkara lagi yang boleh membatalkan puasa tidak boleh dilakukan.

Ada dugaannya pula yang membuatkan puasa Farhan ni tergugat iaitu tak lain dan tak bukan adiknya Hakeem....dah terbiasa diajar makan sesuatu benda dikongsi bersama bila Hakeem nie makan mesti akan dihulurkan pada Farhan,mana tak tergugat macam tu.Lepas tu apa lagi Farhan pun merengek-rengaklah minta kebenaran nak buka puasa....kalau dah sampai tahap menangis mana terdaya akhirnya terpaksa juga benarkannya berbuka.Iyelah kalau saya nak salahkan adiknya Hakeem pun tak boleh juga,lgpun kalau diterangkan pada Hakeem pun bukan difahamnya apa itu puasa....jalan terbaik bersabar jelah.....

Walaupun Farhan dah cuti selama 3 hari tapi saya berasa puas hati dengan pencapaiannya berpuasa.Biarlah terpaksa turutkan kehendaknya pun asalkan dia mahu berpuasa saya tak kisah....saya berharap agar selepas ini tiada lagi Farhan meminta untuk tidak berpuasa dan semoga Farhan dapat lalui penghabisan bulan Ramadhan ini dengan tabah......

Friday, August 21, 2009

Hati Yang Terluka

Sukar bagi saya untuk lalui semua ini....bukannya saya tidak biasa dilanda dengan masalah demi masalah tetapi apa yang melanda saya membuatkan saya betul-betul tertekan.Selama nie saya masih lagi boleh bersabar dengan setiap dugaan serta masalah yang menimpa...tapi bukan bermaksud saya bersabar saya tak kisah orang perlakukan saya seperti itu.....

Selama nie saya saja yang banyak menjaga hati dan perasaan orang sampaikan hati sendiri luka parah pun tiada siapa yang tahu.Kekadang saya rasa dah tak terdaya dah untuk menanggung semua nie...tapi saya kuatkan diri saya telan semua kepahitan nie demi anak2 dan suami serta kebahagiaan kami sekeluarga......

Selagi saya masih boleh menanggung serta bersabar saya akan cuba....tetapi bila dah saya tak dapat menanggungnya lagi biarlah bebanan nie saya lepaskan agar tenang dan tidak terluka lagi perasaan ini!Setiap orang ada tahap-tahap kesabarannya,begitu juga dengan saya....takkan selamanya saya mahu mendiamkan diri saja dan berendam manik-manik jernih bila kesabaran tergugat.....

Saya dah letih...letih...dan letih asyik menjaga hati dan perasaan orang sekeliling je tapi tetap juga tak dihargai....cukuplah rasanya saya jadi maca 'lembu yg dicucuk hidung',ikut segala kemahuan orang.....biarlah saya buat apa yang menggembirakan saya dan keluarga saya.Tiada paksaan atau arahan dari orang sekeliling....Saya dah jemu asyik ikut kata orang je sampai hati sendiri terluka....

Cukuplah saya menjaga hati orang selama nie....skang dah tiba masanya saya menjaga hati dan perasaan saya serta suami dan menjaga anak2.Hanya itu saja cara agar saya tidak terus menerus tertekan dengan situasi yang berlaku....jika saya masih lagi mahu menjaga hati dan perasaan orang jawabnya duduk wad gila lah saya......jika sesekali ditimpa masalah saya masih boleh cekalkan hati dan perasaan tapi jika selalu saya tak kuat untuk tanggungnya.....Saya pun punya perasaan juga.....

Wednesday, August 5, 2009

Impian dan Angan2




Setelah lama tak bern3 baru hari nie saya keluar dengan cite baru.Saya rasa setiap orang mesti ada impian sendiri,begitu juga dengan saya.Saya tak pernah impikan untuk memiliki sesuatu perkara yang luar biasa dan di luar kemampuan.Apa yang saya ingin kongsikan hanyalah sekadar suka2 saja dan sekadar impian sahaja tiada maksud lain.



Apa yang saya impikan hanyalah ingin membina keluarga sendiri tanpa ada campur tangan dari orang luar.....impian untuk memiliki keluarga yang bahagia telah saya kecapi....Terima kasih kepada suami saya kerana membahagiakan saya dan menggembirakan saya....terima kasih sekali lagi......



Salah ke jika saya ada menyimpan impian ingin memiliki rumah sendiri untuk saya diami bersama anak2 serta suami tercinta satu ketika nanti.Pada pendapat saya selain dijadikan tempat berteduh saya sekeluarga ia juga menjadi harta pada kami....Bagi pendapat saya tiada salahnya impian saya itu...tapi tak tahulah mungkin salah pada pandangan orang lain kot.....



Mungkin setiap orang ada impian yang berbeza-beza.....saya tak impikan emas permata yang menjadi kegilaan para wanita....saya hanya impikan sebuah rumah yang selesa untuk didiami bersama keluarga tercinta.Yang hiasan dalaman serta susun atur perabot di dalamnya atas pilihan saya dan suami.Salah ke impian saya ini?



Bukan banglo mahupun kondominium yang saya impikan,cukuplah sakadar ianya ada mempunyai ciri2 sebuah rumah umpanya rumah kos rendah.Walaupun tidak besar tapi saya bersyukur andainya rumah sebegitu yang hanya mampu kami miliki...Saya pun ingin juga merasa kaum keluarga serta kawan2 datang bertandang ke rumah.....tapi apakan daya itu hanyalah impian dan angan2 saya saja....

Banyak lagi impian yang saya ingin kecapi....tapi entah kenapa impian ingin memiliki rumah sendiri yang paling kuat untuk saya kecapi.....demi untuk anak2 serta suami tercinta.Harapan saya agar impian saya dan suami ini akan menjadi kenyataan satu hari nanti....agar kami boleh bersatu hati membina keluarga yang bahagia dan aman damai demi masa depan anak2.....Insyaallah!Saya harap tiada orang yang berkecil hati dengan n3 saya nie....sekadar suka-suka bercerita sahaja.Jika ada yang tidak berkenan dengan n3 saya nie Maafkan saya o.k....




Tuesday, July 7, 2009

Si Rongak

Setelah bersawang hampir seminggu, akhirnya hr nie saya bersihkan segala sawang-sawang yang ada....bukannya tak sempat nak tulis n3 baru cuma malas je lagipun resah gelisah coz anak yang kecil tak berapa sihat.....



Seingat saya sejak dari kecil lagi sampailah anak2 saya tumbuh gigi saya begitu tekankan agar mereka sentiasa memberus gigi.....mula-mula tue sukar juga mereka nak ikut tapi lama kelamaan perkara tu jadi kebiasaan bagi mereka.....biasalah nama pun budak-budak mesti ada ubat gigi yang mereka suka gunakan tak terkecuali anak-anak saya.....mereka lebih suka gunakan ubat gigi berperisa strawberi......


Saya tak kisah ubat gigi apa pun yang menjadi pilihan Farhan,yang penting dia mahu berus giginya selalu....sampaikan pernah ada nurse yang memuji pandai si farhan nie menjaga gigi bersih sentiasa dan teratur je giginya.....saya sebagai ibu ada rasa bangga juga coz anak dapat pujian sebegitu....si farhan plak hanya tersengih menampakkan giginya yg tersusun cantik tue....entah dia tahu ke tidak yang nurse tu puji dia pun saya tak tahu....rasanya si farhan tue tak faham apa-apa pun.....


Tapi entah di mana silapnya semakin besar si farhan nie semakin malas plak saya tengok dia menjaga giginya.....kekadang tue kalau tak disuruh dan dimarah tak digosoknya gigi.....tapi bila ditanya jawapan tetap sama 'angah gosok gigi'.....kekadang tue tahu itu hanya sekadar jawapan kerana si farhan ni takut dimarahi abahnya....tetapi bila abahnya gunakan helah kata 'kalau tak gosok gigi nanti ada ulat besar makan gigi tue' cepat-cepat si farhan ni berlari ke bilik air dan mengosok giginya.....angah....angah.......


Oleh kerana sikapnya yang kekadang malas nak jaga gigi akhirnya gigi farhan ni ada yang rosak.....tidaklah banyak rosaknya hanya ckit-ckit je....yang jadi masalahnye sekarang giginya yang rosak tue kebanyakannya belah depan.....dah rosak dan antaranya dah bergoyang-goyang tandanya dah masanya untuk gigi tue dicabut....jadi terpaksalah abahnya jadi doktor gigi cabut gigi farhan nie......


Nak kata apa lagi dah tengah malam sakitnya gigi farhan tue nak tak nak terpaksa cabut juga....kalau tak dicabut jawabnya tak bolehlah kami semua tido.....teror juga abahnya jadi doktor gigi....bukannya tak mampu nak bawa ke klinik tapi kalau nak bawa ke klinik kena tunggu pagi.....meraung jugalah si farhan tue bila giginya kena cabut.....tapi sekejap je lepas tue terlena tido.....bila tengok si farhan ni jadi rongak kelakar sangat-sangat....

Wednesday, July 1, 2009

Sesaat Teralpa


Ada kalanya nak marah pun ada juga dengan Hakeem nie....Hakeem nie terlalu aktif dari abangnya farhan,sampaikan saya dan suami pun naik penat melayan keletahnya....tak boleh duduk diam ada-ada saja agenda yg dibuatnya dalam diam....


Oleh kerana terlepas pandang semalam Hakeem buat sesuatu yg menjadi kebiasaan abahnya iaitu bercukur....slalunya pisau cukur tue terletak di tempat tinggi entah macam mana semalam mungkin suamiku terlupa menyimpannya lalu jadi barang mainan Hakeem....

Saya terkejut kerana apabila nak masuk ke toilet tapi berkunci dari dalam....setelah dipanggil berulang kali barulah ada jawapan,dalam hati dah rasa tak sedap kerana dah tahu jika Hakeem orangnya mesti ada sesuatu yang dibuatnya.....lalu bertanya pada Hakeem apa dibuatnya dalam toilet....katanya kencing tapi saya tak percaya lalu saya amati raut wajahnya betul2....alangkah terkejutnya saya bila mendapati ada titisan warna merah di atas mulutnya....


Setelah diperiksa dengan teliti ternyata itu darah....setelah berkali2 disoal barulah Hakeem menjawab 'De wat cam abah'.....rupa2nya dia mengikut cara abahnya bercukur itu yang sampai luka2 atas mulutnya....masa tue nak marah pun ada juga....nak ketawa pun ada juga....bercampur baur dah perasaan.....

Nak marah beriya-iya pun tak ada faedahnya coz kecuaian tue datang dari pihak saya dan suami....lepas nie kena sentiasa beringat agar perkara yg sama tak berulang lagi....budak-budaklah katakan nampak sesuatu perkara baru ada saja nak dibuatnya....nasib baiklah juga tak dicukurnya kening kalau tak jadi macam 'Alien' dibuatnya......

Wednesday, June 24, 2009

Hanya Kerana Sayang


Sebenarnya n3 ni dah siap lama juga tapi oleh kerana internet di rumah saya buat hal jadi terpaksalah diperam sahaja cerita nie....tapi hari nie setelah seminggu internet bual hal, ia o.k semula. Barulah lega rasanya....


Pada 14 jun lalu anak saya, Muhammad Hakeem Danish genap usianya 3 tahun.Tapi ada rasa bersalah juga coz tak dapat belikan Hakeem nie kek pada hari jadinya seperti abangnya Farhan(n3 sambutan hari lahir farhan di blog Aku Masih Di Sini)....kerana pada hari saya dan suami plan untuk gi beli kek untuk Hakeem ,mak dan ayah mertua saya mengajak suami ke Pekan sehari Temerloh....jadi terpaksalah saya dan suami batalkan rancangan kami untuk membeli kek untuk hari jadi Hakeem.Takpelah kehendak orang tua harus diutamakan dahulu....jika tidak nanti mereka berasa hati dan derhaka namanya....


Mungkin bagi suami saya, Hakeem masih tak tahu apa2 lagi walaupun hari lahirnya tak disambut macam Farhan ada kek coklat dan bungkus2 makanan untuk dibagi pada kawan2 tapi tidak bagi saya....saya rasa serba salah sangat-sangat kerana tiada apa-apa hadiah mahupun kek untuk hari jadinya.....lalu saya cadangkan pada suami "apa kata kite belikan De(panggilan Hakeem di rumah) basikal sebagai hadiah untuk hari jadi dia,lgpun basikal de yang ada tu pun dah tamat riwayatnya"....dalam hati berdebar-debar juga tunggu jawapan dari suami,iyelah takut suami tak setuju plak dengan rancangan saya tu....tapi alangkah gembiranya rasa di hati apabila suami saya kata yang dia setuju sangat dengan cadangan saya tue.....kebetulan pula masa saya dan suami nak keluar untuk ke kedai mebeli basikal, Hakeem dan Farhan tido, jadi senanglah untuk saya dan suami buat surprise hadiah basikal tu bila Hakeem bangun tido nanti....


Harap2 Hakeem suka dengan hadiah dari saya dan suami nanti dan dengan hadiah basikal nie hilanglah rasa bersalah yang bersarang dalam hati saya kerana tak dapat belikan kek untuknya....Balik dari kedai basikal saya dan suami tidak keluarkan basikal tu dari kete lagi coz saja nak tengok reaksi Hakeem bila dapat basikal baru nanti....biasanya setiap petang Farhan dan Hakeem akan bermain basikal bersama-sama di halaman rumah tapi hari nie Hakeem tak dapat bermain basikal coz basikal dia rosak....Hakeem datang pada saya dengan wajah yang muram dan sedih dan kata nak main basikal tapi basikal de dah rosak(Hakeem ni cakap pelat sangat,kekadang abahnya sendiri pun tak faham )....saya sengaja suruh Hakeem cakap kat abahnya minta belikan basikal baru tapi selesai Hakeem bercakap dengan suami tiada reaksi yang suami saya berikan tapi sekadar diam membisu sahaja....



Mungkin takut jika ditanya sekali lagi akan dimarahi, Hakeem pun beredar dari abahnya dengan wajah yang muram dan sedih....dapat saya dengar suara Hakeem minta pinjam basikal Farhan tapi Farhan tak bagi sebaliknya marah2 pada Hakeem...tak sanggup dah rasanya saya tengok Hakeem bersedih, saya pun minta agar suami saya keluarkan sahaja basikal baru tue....bila saja Hakeem tengok basikal baru tu dapat saya tengok kegembiraan di wajahnya.....hanya ini saja yang dapat mama dan abah bagi pada De selain kasih sayang tak berbelah bagi.....


Mama dan abah ucapkan selamat hari lahir semoga menjadi anak yg taat pada kedua ibu bapa....semoga dipanjangkan usia dan berjaya dalam hidup....mama dan abah sayang sangat2 pada De,angah dan adik....kalian semua adalah nyawa bagi mama dan abah.....lihatlah gambar basikal yang saya dan suami hadiahkan pada Hakeem dan reaksinya dengan basikal baru......







Thursday, June 11, 2009

Melepaskan Lelah Di Dinginnya Kali




Hi semua....maklumlah cuti sekolah nie tak sempat nak masukkan n3 baru coz sibuk sedikit melayan anak2.....hari nie baru berkesempatan masukkan n3 baru....

Maklum sajalah cuti sekolah jadi saya tak lepaskan peluang balik ke kg saya yg tak berapa nak jauh dari tempat saya sekeluarga tinggal....balik pun bukannya lama sangat hanya balik 3 hari 2 malam je,tak boleh nak balik lama2 coz masih banyak lagi kerja2 perlu disiapkan di rumah.Dah balik ke kg tu macam-macam perkara yg saya nak buat,salah satunya saya bercadang nak bawa mak abah serta adik beradik saya turut serta bersama saya sekeluarga pergi mandi manda di Air Terjun Ulu Bendul...pada asalnya saya sekeluarga nak ke pantai coz Arean nak ke pantai tapi mengenangkan cuaca yg agak panas skang nie saya sekeluarga tukar rancangan dan pergi ke Ulu Bendul.

Setelah kata sepakat diambil kami bersetuju untuk pergi pada hari isnin 8/6,pada pendapat saya dan husband mungkin hari isnin tu tidak ramai orang memandangkan itu hari bekerja.Setelah saya,mak serta adik perempuan saya menyiapkan bekalan untuk dijadikan santapan ketika di Ulu Bendul nanti kami pun bertolak dari rumah ke destinasi yg hendak dituju.

Perjalanan untuk ke Ulu Bendul tue tidaklah makan waktu yg lama....tapi anak-anak saya nie kalau dah masuk kete kena plak air-cond jawabnya tidolah mereka termasuklah adik-adik saya pun sama juga tertido.Jadi tiadalah dengar bunyi bising anak-anak bergurau dengan pak sedara mereka dan itu menyenangkan aku dan suami....lagipun jalan2 untuk ke sana tidaklah sesibuk mana....jadi makin cepatlah untuk kami sampai ke situ.Lagipun dalam keadaan sunyi dalam kereta memudahkan lagi suamiku memandu dalam ketenangan.

Akhirnya setelah 2 jam perjalanan kami sekeluarga sampai ke destinasi yg hendak dituju...apa yang memeranjatkan saya, suami dan kedua ibu bapa saya ialah ingatkan kalu pergi hari isnin hari orang bekerja tidak ramai orang di situ tapi sangkaan kami meleset sama sekali....ramai juga orang....sampaikan suami berkata 'takkan orang kat air terjun nie semuanya cikgu kot'.........punyalah ramai orang sampai nak parking kete pun susah.....Agenda pertama sekali bila dah sampai tue apa lagi kalu tak cari tempat untuk berteduh dan mengisi perut yg lapar....sesudah siap mengisi perut apa lagi bermulalah saat2 yg dinanti-nantikan iaitu mandi manda walaupun airnya sejuk yg amat.Seronok melihat anak2ku gembira bermain air terjun tue sambil ditemani abahnya dan adik-adikku.

Pada mulanya Arekeem tak nak masuk dalam air tue takut dan sejuk sangat sampai terketar2 tapi setelah dia tengok Arean mandi sambil berenang2 katak walaupun tak pandai berenang akhirnya dia pun mandi juga...Dalam keseronokan tengok anak-anakku mandi manda bersama suami tercinta timbul rasa terkilan coz tak dapat merasai kesejukan air terjun Ulu Bendul tue....ush...ush...ush...sedihnya tak dapat mandi kat situ....Tapi takpelah bukan saya seorang je yg tak dapat mandi kat situ mak saya pun tak dapat mandi juga....saya tak dapat mandi kat situ kerana anak saya masih kecil ditambah plak ramai orang....malu.....

Setelah puas bermandi manda sampai kecut2 jari kaki tangan semua kerana terlalau lama berendam dalam air suami saya membawa anak-anak dan adik-adik iparnya ke tempat persalinan kerana waktu pun dah hampir pukul 6 petang ketika itu.Setelah siap berkemas, kami pun bertolak pulang. Sebelum keluar dari kawasan air terjun tue kami singgah ke gerai2 yg ada menjual makanan2 untuk dijadikan makanan ketika dalam perjalanan balik nanti.Maklum sajalah setelah penat bermandi manda mesti perut jadi lapar kembali...makanan yg disediakan dari rumah tadi sudah habis semuanya hanya tinggal bekas kosong je.

Dalam perjalanan balik semuanya tertido kecuali saya kerana menemani suami yg memandu....kami sampai rumah hampir pukul 9 malam.....walaupun kepenatan tapi saya dan suami gembira kerana dapat membawa anak2 berjalan2 dan dapat melihat kegembiraan di mata mereka....saya juga sempat ambil beberapa keping gambar di situ.....marilah sama2 kite tengok nye.....

Tuesday, June 2, 2009

Alahailah Anak Mama


Hi semua,dah seminggu rasanya saya tak menulis N3...sebenarnya tidaklah sesibuk mana,cite utk ditls pun ada cuma tak berkesempatan lgpun ada mslh ckit dgn line internet....Tp skang line internet dah o.k mcm biasa blhlah sy menulis cite terbaru sy.

Seminggu yg lalu arean menyambut hari lahirnya yg ke 6 tahun.Kebetulan pula jatuh pada hari ahad,hr cuti sekolah jadi saya bercadang membawa Arean & adik2nya berjalan2 tp Arean kata dia taknak.Saya pun hairan slalunya kalu sy & suami kata nak berjalan2, Areanlah org pertama yg bersuara kata nak ikut tp kali nie Arean taknak...jadi saya pun bertanya pada Arean' kenapa & arean nak apa'?

Rupa-rupanya Arean minta pd saya untuk beli cd PS2 Naruto,Ben 10 & beberapa lg cd lawan2 kegemaranya....sy minta Arean minta pada abahnya tengok samada abahnya bagi beli @ tidak.Tp Arean kata 'dah tanya pd abah tapi abah marah & kata takyah beli dah, main cd2 yang ada je'....Kesian saya tengok raut muka Arean sedih je...Apalagi saya pun gunalah kuasa saya sebagai seorang isteri memujuk abahnya untuk tunaikan permintaan Arean tu,lgpun hari lahir dia apa salahnya belikan saja permintaan arean tue.Setelah puas memujuk akhirnya suami saya bersetuju belikan cd2 PS2 permintaan Arean tue...tersenyum giranglah Arean.
Biasanya yg menjadi teman bermain PS2 arean adalah abahnya,entah mcm mana tetiba plak mlm tu arean ajak saya bermain PS2 bersamanya.Tak pernah pun saya bermain PS2 tetapi bl arean ajak terpaksalah walaupun tak reti...Main cd kungfu lawan2 asyik kalah je pada mulanya tp bl dah diajar oleh arean cara2 nak main asyik saya je yg menang sampaikan merajuk arean coz asyik kalah je...betullah kalu dah main PS2 nie taknak berhenti coz seronok sangat...Sampaikan suami sy tegur 'main dengan anak pun taknak mengalah,bglah arean tu menang plak'...ada ke patut sy tengah seronok2 menang suami sy suruh bg kalah apa lagi saya pun bglah suami sy main plak...(Merajuk coz ditegur sedemikian).
Rupa2nya sama iye juga bila suamiku berlawan dgn arean lglah langsung arean tu menangis coz suamiku tak bg peluang langsung arean tu menang walaupun skali.Kesimpulannya di sini janganlah kite sebagai ibu bapa terlebih over plak bermain smpai taknak langsung mengalah dgn anak...macam suami saya & saya...ha...ha...ha...

Sunday, May 24, 2009

Beban Tugas Seorang Suri Rumah


Ceritaku utk kali ke-2 nie byk berksr tentang diriku & org2 sekelilingku. Namaku ieyla ibu kpd 3 org cahayamata yg semuanya lelaki.Aku surirmh tgga sepenuh masa.Anakku yg sulung berusia 6 thn,yg tgh berusia 3 thn & yg ke -3 br berusia 5 bln.Aku isteri kpd lelaki yg berkerja sbgai pendidik anak bgsa negara.Sblm ni aku prnh bekerja tp aku berhenti krn beberapa perkara antaranya ada berkaitan dgn anak2ku.Salah satu sbab aku berhenti kerja krn anakku yg ke-2 kena demam yg tak kebah2 wlaupun sudah dibw jmpa doktor.Setelah kata sepakat diambil bersama suami aku buat kptsn utk berhenti kerja & menjaga anak2 di rmh.


Bermula dr ctulah aku jd surirumah tgga sepenuh masa. Pada mulanya memang rasa t'amat bosan skali duduk di rmh,ditambah pula dgn kerja yg tak ada kesudahannya.Aku dapat rasakan yg duduk di rmh lg byk kerja & lebih penat dr aku bekerja di luar.Bl bekerja di luar sekurang2nya ada jg waktu rehat,tp bl di rmh kerja tak henti2 kekadang naik tension dibuatnya.Faham2 sajalah kalau dah ada 3 org hero kat rmh,bl aku dah susun atur & mengemas rmh cantik2 hanya bertahan dlm setengah jam je lps tu bersepah semula...mana aku tak angin satu badan...!Iyelah aku ambl masa yg lama utk mengemas rmh tp anak2 aku dlm 5 minit je blh sepah2kan rmh semula...itu yg aku kata waktu untuk aku rehat ada jg itupun ketika suamiku ada di rmh brlah blh berehat seketika kerana suamiku ambl alih plak jaga anak2.


Nak wat camne dah memang perangai bdk2 nak membesar begitu,aku terima je wlaupun kekadang timbul jg keinginan utk bekerja semula coz tak tahan duduk di rmh terlalu letih dgn kerja2 yg tiada kesudahan..!Mujurlah suamiku ringan tulang sudi membantu aku dlm menguruskan anak2 bl dia ada di rmh kalu tak tak tahulah mcm mana agaknya keadaan rumah,...mau bersepah randah mcm tongkang pecah agaknya...he...he...he... Apa-apapun aku ucapkan terima ksh tak terhingga kpd suami kesayanganku coz sudi membantu aku. Aku rasa cukuplah stakat ini je yg dapat aku citekan tentang diri aku & keluarga ku.Lgpun skang ni aku masih dlm proses mencari idea utk mencantikkan blog aku.Tunggu je lah cite aku dlm blog yg lain,mgkn blog aku akan berubah wajah @ masìh sama begini....kita tggu o.k!

Monday, May 18, 2009

Permulaan Baru Buatku

Segalanya bermula ketika aku secara tidak sengaja menjenguk ke blog 'mama aqilah',dari situ timbul minat aku untuk mempunyai blog sendiri.Mungkin dengan adanya blog ini dapat aku meluahkan serba sedikit apa yg tersirat dan tersurat dalam hati aku nie.Secara tak langsung juga dapat menghilangkan kebosanan aku.Mungkin nanti ayat2 aku tak berapa tersusun dengan rapi,maklum sajalah dah lama tak menulis jadi kaku dan tak berapa pandai nak susun ayat sangat...maaf bebanyak kalau ayat2 aku entah apa2.....

Dengan adanya blog ini dapatlah aku meluahkan serba sedikit perasaan aku sebagai seorang isteri,seorang ibu dan sebagai seorang surirumah tangga.Harapan aku agar adalah mahluk tuhan yg sudi bertandang ke blog aku yg tak seberapa nie...Untuk mengenali aku dengan lebih rapat lagi tunggu cerita aku seterusnya......................................