Hi semua....maklumlah cuti sekolah nie tak sempat nak masukkan n3 baru coz sibuk sedikit melayan anak2.....hari nie baru berkesempatan masukkan n3 baru....
Maklum sajalah cuti sekolah jadi saya tak lepaskan peluang balik ke kg saya yg tak berapa nak jauh dari tempat saya sekeluarga tinggal....balik pun bukannya lama sangat hanya balik 3 hari 2 malam je,tak boleh nak balik lama2 coz masih banyak lagi kerja2 perlu disiapkan di rumah.Dah balik ke kg tu macam-macam perkara yg saya nak buat,salah satunya saya bercadang nak bawa mak abah serta adik beradik saya turut serta bersama saya sekeluarga pergi mandi manda di Air Terjun Ulu Bendul...pada asalnya saya sekeluarga nak ke pantai coz Arean nak ke pantai tapi mengenangkan cuaca yg agak panas skang nie saya sekeluarga tukar rancangan dan pergi ke Ulu Bendul.
Setelah kata sepakat diambil kami bersetuju untuk pergi pada hari isnin 8/6,pada pendapat saya dan husband mungkin hari isnin tu tidak ramai orang memandangkan itu hari bekerja.Setelah saya,mak serta adik perempuan saya menyiapkan bekalan untuk dijadikan santapan ketika di Ulu Bendul nanti kami pun bertolak dari rumah ke destinasi yg hendak dituju.
Perjalanan untuk ke Ulu Bendul tue tidaklah makan waktu yg lama....tapi anak-anak saya nie kalau dah masuk kete kena plak air-cond jawabnya tidolah mereka termasuklah adik-adik saya pun sama juga tertido.Jadi tiadalah dengar bunyi bising anak-anak bergurau dengan pak sedara mereka dan itu menyenangkan aku dan suami....lagipun jalan2 untuk ke sana tidaklah sesibuk mana....jadi makin cepatlah untuk kami sampai ke situ.Lagipun dalam keadaan sunyi dalam kereta memudahkan lagi suamiku memandu dalam ketenangan.
Akhirnya setelah 2 jam perjalanan kami sekeluarga sampai ke destinasi yg hendak dituju...apa yang memeranjatkan saya, suami dan kedua ibu bapa saya ialah ingatkan kalu pergi hari isnin hari orang bekerja tidak ramai orang di situ tapi sangkaan kami meleset sama sekali....ramai juga orang....sampaikan suami berkata 'takkan orang kat air terjun nie semuanya cikgu kot'.........punyalah ramai orang sampai nak parking kete pun susah.....Agenda pertama sekali bila dah sampai tue apa lagi kalu tak cari tempat untuk berteduh dan mengisi perut yg lapar....sesudah siap mengisi perut apa lagi bermulalah saat2 yg dinanti-nantikan iaitu mandi manda walaupun airnya sejuk yg amat.Seronok melihat anak2ku gembira bermain air terjun tue sambil ditemani abahnya dan adik-adikku.
Pada mulanya Arekeem tak nak masuk dalam air tue takut dan sejuk sangat sampai terketar2 tapi setelah dia tengok Arean mandi sambil berenang2 katak walaupun tak pandai berenang akhirnya dia pun mandi juga...Dalam keseronokan tengok anak-anakku mandi manda bersama suami tercinta timbul rasa terkilan coz tak dapat merasai kesejukan air terjun Ulu Bendul tue....ush...ush...ush...sedihnya tak dapat mandi kat situ....Tapi takpelah bukan saya seorang je yg tak dapat mandi kat situ mak saya pun tak dapat mandi juga....saya tak dapat mandi kat situ kerana anak saya masih kecil ditambah plak ramai orang....malu.....
Setelah puas bermandi manda sampai kecut2 jari kaki tangan semua kerana terlalau lama berendam dalam air suami saya membawa anak-anak dan adik-adik iparnya ke tempat persalinan kerana waktu pun dah hampir pukul 6 petang ketika itu.Setelah siap berkemas, kami pun bertolak pulang. Sebelum keluar dari kawasan air terjun tue kami singgah ke gerai2 yg ada menjual makanan2 untuk dijadikan makanan ketika dalam perjalanan balik nanti.Maklum sajalah setelah penat bermandi manda mesti perut jadi lapar kembali...makanan yg disediakan dari rumah tadi sudah habis semuanya hanya tinggal bekas kosong je.
Dalam perjalanan balik semuanya tertido kecuali saya kerana menemani suami yg memandu....kami sampai rumah hampir pukul 9 malam.....walaupun kepenatan tapi saya dan suami gembira kerana dapat membawa anak2 berjalan2 dan dapat melihat kegembiraan di mata mereka....saya juga sempat ambil beberapa keping gambar di situ.....marilah sama2 kite tengok nye.....