Blog Kekasih

Tuesday, September 8, 2009

BELAJAR BERPUASA......

Tahun ini merupakan tahun pertama anak saya yang bernama Farhan belajar berpuasa.Rasanya dah sampai waktunya saya dan suami mengajar Farhan melakukan rukun islam ke-3 nie....lagipun sesuai dengan umurnya yang sudah 6 tahun,jika tidak diajar dari sekarang bila lagi.

Biasalah namanya pun budak-budak mesti banyak ragam dan kerenah bila disuruh berpuasa,Farhan pun tidak terkecuali.Tapi Farhan nie senang untuk memujuknya agar berpuasa, tapi yang paling susah sekali bila nak kejutkannya bangun untuk bersahur....seawal mungkin saya kejutkannya tapi bila waktu dah hampir-hampir nak habis barulah Farhan nie bangun.Perasaan kesian tu ada tapi sekiranya tidak bersahur nanti takut Farhan tu lapar pula....tambahan pula dia bersekolah.

Tapi saya dan suami tidaklah terlalu tegas sekiranya Farhan tidak berdaya dan ingin berbuka puasa....lagipun Farhan baru hendak berjinak-jinak belajar tiada salahnya diberi kelonggaran sedikit.Lama-kelamaan saya rasa Farhan akan terbiasa juga bila berpuasa tidak boleh makan,minum,dan beberapa perkara lagi yang boleh membatalkan puasa tidak boleh dilakukan.

Ada dugaannya pula yang membuatkan puasa Farhan ni tergugat iaitu tak lain dan tak bukan adiknya Hakeem....dah terbiasa diajar makan sesuatu benda dikongsi bersama bila Hakeem nie makan mesti akan dihulurkan pada Farhan,mana tak tergugat macam tu.Lepas tu apa lagi Farhan pun merengek-rengaklah minta kebenaran nak buka puasa....kalau dah sampai tahap menangis mana terdaya akhirnya terpaksa juga benarkannya berbuka.Iyelah kalau saya nak salahkan adiknya Hakeem pun tak boleh juga,lgpun kalau diterangkan pada Hakeem pun bukan difahamnya apa itu puasa....jalan terbaik bersabar jelah.....

Walaupun Farhan dah cuti selama 3 hari tapi saya berasa puas hati dengan pencapaiannya berpuasa.Biarlah terpaksa turutkan kehendaknya pun asalkan dia mahu berpuasa saya tak kisah....saya berharap agar selepas ini tiada lagi Farhan meminta untuk tidak berpuasa dan semoga Farhan dapat lalui penghabisan bulan Ramadhan ini dengan tabah......

7 comments:

Anonymous said...

Hai Ieyla ... Lama tak update blog ya. Selamat Berpuasa ...

ima shhs said...

bagus2... selamat berpuasa...!!

Dearie Pearls said...

Selamat berpuasa utk Farhan..

ieyla said...

Is;

Salam...entahlah bulan puasa nie rasanya malas plak nak update blog,buka internet pun sekadar melawat blog kawan2.Selamat berpuasa dan Selamat menyambut hari raya yg akan kunjung tiba....:)

Ima Shh;

Selamat berpuasa dan selamat menyanbut hari raya yg akan tiba tak lama lagi....:)

LotsOfLove;

Terima kasih...:}

vidadarisakura said...

pelan2 kak.hee

Unknown said...

selamat berpuasa dan salam kenalan pada ieyla


sy link blog kamu ok!

ummu said...

salam Ieyla,
selamat hari raya adidilfitri
yalah anak saya ni pun meragam sungguh bila nak puasa.sabor jelah.budak-budak lah kan.