Blog Kekasih

Wednesday, September 30, 2009

Aku, Suami Dan Raya.

Raya tahun nie aku sekeluarga sambut dengan sederhana. Maklumlah keadaan ekonomi agak mendukacitakan. Tapi aku seronok sebab tahun nie suami aku setuju nak beraya di kampung aku. Seingat aku sepanjang perkahwinan kami dari 2001 hingga 2009, inilah kali kedua kami beraya di kampung aku. Itu pun sebelum raya iaitu petang Jumaat, dia hantar aku dan anak-anak balik kampung. Lepas tue dia balik semula ke Kerayong sebab banyak kerja yang dia kena buat. Maklumlah anak bongsu. Malam raya baru suami aku balik ke kampung aku. Itu pun sampai dah pukul 10.30 malam. Tapi aku taklah terasa sangat sebab tahun nie kami beraya di kampung aku. Dapatlah aku berkumpul dengan adik beradik aku.

Petang sebelum raya, aku sibuk menolong mak dan abah aku melakukan persiapan untuk raya. Macam-macam yang kami sediakan. Lemang, ketupat, rendang, sup tulang, kuah kacang dan banyak lagi. Petang tue, hujan turun tiba-tiba. Kelam kabut abah dan Acik Wan pasang khemah yang Ateh gunakan untuk berniaga di pasar Ramadhan. Kesian mereka kena bakar lemang dalam hujan. Malamnya lepas berbuka, masing-masing berkumpul dengan tv menunggu pengumuman raya. Walau dah heboh satu Malaya yang raya hari Ahad, tapi pengumuman raya tetap ditunggu-tunggu. Satu kenangan yang amat bermakna.
Pagi raya, aku sibuk siapkan pakaian suami dan anak-anak. Tahun nie suami aku pilih warna oren untuk baju melayu dia dan anak-anak. Itu pun puas aku pujuk supaya beli. Kalau ikutkan dia, memang tak dibelinya. Baju tahun lepas elok lagi katanya. Baju tue kami beli kat Triang. Murah jer. Baju anak-anak tue 2 pasang RM30 dan baju suami aku tue plak harganya RM25 sepasang. Kalau beli 2 pasang, harganya RM40. Macam tak percaya jer sebab aku tengok kualiti kain dia pun ok dan jahitannya pun kemas.
Tahun nie suami aku bawa sekali 2 orang hero dia ke masjid. Lepas solat sunat, mereka ke kubur arwah anak aku yang sulung. Terkilan juga aku sebab suami aku pergi tak bawa aku bersama. Tapi tak pe lah...lagi pun aku faham perasaan suami aku yang sampai sekarang masih lagi dibayangi kenangan pahit itu. Balik dari kubur, Arean sibuk bertanya itu ini dengan aku pasal arwah abang dia. Terpaksalah aku jawab sebaik mungkin. Nak harapkan suami aku, lambat lagi laa kalau dia nak cerita pasal arwah anak sulung kami ke anak-anak yang lain.
Lepas Asar, kami balik Kerayong. Aku tengok tahun nie suami aku lain macam sikit. Macam buang tebiat. Semangat raya dia entah ke mana menghilang. Sejak awal Ramadhan lagi dia langsung tak sebut pasal beli baju raya atau beli kuih raya. Aku nie laa yang sibuk bercakap itu ini tapi dia buat-buat tak dengar aje. Puas dah aku bertanya tapi jawapannya 'tak de apa-apa'. Akhirnya aku mengalah dan berdiam diri.
Hari raya kedua kami sekeluarga memerap kat rumah. Mak mertua dan adik beradik ipar duai aku semua beraya ke rumah sanak saudara. Dari pagi sampailah ke tengahari, suami aku dok menghadap tv dengan anak-anak. Lepas Zohor, barulah dia ajak aku beraya ke rumah kakak dia dia Lebak. Malam baru kami balik. Sampai kat rumah, kami dapati dekoder astro kami rosak disambar petir. Menurut kata Embong, 2 kali elektrik terpadam gara-gara guruh dan kilat yang amat kuat.
Raya ketiga, kami balik semula ke Kemayan. Alah bukannya jauh pun. dalam 25km aje jarak di antara Kerayong dan Kemayan. Petang tue kami ke Keratong 7, rumah mak saudara iaitu kakak mak aku. Malam baru kami balik. Raya keempat, suami aku buat perangai lagi. Dari pagi sampai tengahari, dia dok melepak atas katil layan laptop. Entah apa yang dibuatnya pun aku tak tahu. Jenuh aku mengajak dia beraya ke rumah sanak saudara tapi dia langsung tak beri respon. Kadang-kadang aku pelik dengan suami aku nie. Kalau mood dia baik, ajak ke bulan pun dia sanggup bawa aku tapi kalau masa angin kus-kus dia datang, nak suruh buat susu anak pun dia buat-buat pekak.
Lepas Zohor, angin kus-kus dia dah hilang. Ringan jer mulut dia ajak aku beraya ke rumah Acik Wan dan Acik Ilah kat Paloh Hinai. Aku pun apa lagi cepat bersiap sebelum angin kus-kus dia datang balik. Berayalah kami di Paloh Hinai. Tapi suami aku nie memang jenis susah nak diduga. Boleh dia beraya ke rumah orang bawa laptop. Masa orang lain sibuk berborak, dia dok menghadap laptop dia tue. Nasib baiklah keluarga aku nie jenis tak kisah. Kalau tak mahu malu aku dengan perangai laki aku nie.
Raya keempat, kami ke Segamat. Rumah kakak ipar aku yang no 2. Raya nie dia tak balik sebab anak dia baru sembuh dari kemalangan jalan raya 2-3 hari sebelum puasa. Kami ikut Bera Selatan terus ke Keratong dan terus ke Segamat. Si Arean pulak kalau dah ke rumah Mak Ngahnya mesti minta durian. Nasib baik ada jual durian. Kalau tak mahu 'Hot FM' suami aku nie dengan kerenah anak jantan tue. Tapi bila suami aku cakap masa balik nanti baru beli, mula laa si Arean nie buat muka seposen dia. Sampai kat rumah kakak ipar aku, terus suami aku serbu ke dapur sebab perut dah keroncong. Dalam perjalanan ada suami aku belikan roti canai di Simpang Sebertak tapi habis licin dibedal dek hero-hero dia. Si Arean pulak kalau dah ke rumah Ayah Ngahnya memang dok menghadap komputer. Kena pulak Ayah Ngahnya rajin melayan.
Lepas Zohor, mak dan ayah mertua aku dah siap-siap nak balik Kerayong. Dalam perjalanan balik, singgah beli durian. Suami aku beli sebiji jer. Mahal katanya, sekilo RM8. Tapi isinya memang sedap. Kami 3 beranak jer yang makan durian tue. Suami aku langsung tak dijamahnya. Dia memang kurang gemar dengan durian.
Raya kelima dan sehinggalah ke entri nie ditulis, kami memerap aje kat rumah. Ada laa jugak sedara mara dan kawan-kawan yang datang. Nasib baik aku baru belajar masak laksa jadi dapatlah aku mempraktiknya. Alhamdulillah. Dari komen orang yang memakannya, rasanya sedap. Aku sendiri yang masak pun rasa sedap. Tapi suami aku dari pagi hingga ke petang langsung tak dijamahnya. Malam tue baru laa mengadu lapar. Aku pun hidangkan laksa yang sengaja aku simpan untuk dia. Ada ke patut dia cakap, kalau dah lapar yang tak sedap pun telan ajer...
Cukup aku cerita pasal aku, raya dan suami. Jom layan gambar masa raya.

Ini gambar hero-hero aku di pagi raya.


Arean yang asyik main game. Saling tak ubah macam perangai abah dia. Orang sibuk beraya, dia sibuk main game.


Arekeem tersengih bangga sebab kali pertama ke masjid untuk sembahyang raya.


Siap tunjuk duit raya yang dia dapat kat masjid.

Kalau suami aku tahu yang aku upload gambar nie, mesti dia delete punya. Dia nie jenis yang suka ambil gambar tapi payah sangat nak bergambar. Nie pun puas aku pujuk barulah dia nak bergambar.

11 comments:

Dearie Pearls said...

Salam..
Wah, banyak cerita raya..
Siap ada angin kus2 lagi..
Huhu..
Angin kus2 sampai, kata hanya sepatah.
Huhu..

Kalau angin baik, siap boleh ke bulan tue..
Wahaha.. Hebat..

Dearie Pearls said...

Mmm..
Kisah anak sulung tu boleh cerita tak kat kitaorg plak?

Tirana said...

Lelaki ni kadang-kadang payah kita nak duga kerenahnya..kena sabar banyak-banyak.

vidadarisakura said...

repot sama suami kakak.haha

(¯`•._.•è-Nαβ•._.•´¯) said...

wah.. wah.. macam kenal plak merpati 2 sejoli neh.. wakakkaka.. selamat ari raya arr.. lambat lak ucap.. baru ringan tangan neh nak tgk blog member2..

Don Balon said...

Woh! Keluarga koi pun pakey oren gini jugek..
pertembungan idea betulla...kuikui

takpe..koi tok kabor ke Syeikh aok upload gambor dia..

Fadh Rahman said...

huh bila masa plak dia nie update blog...nie laa masalah kalau dah diajar dan dah pandai, belakang kita dibuat benda yang kita tak suka, tak pe jap lagi gambar tue akan di'delete'...bagi yang dah tengok tue...dok diam2...bagi yang tak tengok lagi pun dok diam2 gak...siapa suruh tak masuk blog nie kuikuikui.

ieyla said...

LotsOfLove;

Biasalah kak bukan org perempuan jer ada angin kus2 tapi org lelaki punya angin kus2 lagi dasyat....tapi dah faham sangat ikutkan jer...
Kalau tak salah saya kisah arwah anak saya tue ada diceritakan dekat blog husband saya....kalau akak nak tahu akak masuklah blog husband saya nyer...:}

Tirana;

Betullah tue akak,bila datang angin rajin nak berjalan sampai kite pun tak terdaya nak ikut....

vidadarisakura;

Ha...ha..ha...repotlah dik jangan tak repot nye....

kasut saiz4;

Terima kasih...ingatkan dah lama menyepi dah lupa kat kite....

Don Balon;

Bukannya satu family pakai warna oren...hanya fadh dan anak no 1 dan 2 jer....biasalah fadh tue..:(

Fadh;

Eleh,buat-buat tak tahu plak....macamlah dia tak tahu kite ni update blog bile...jangan nak buat lawak kuda plak kat sini....:)

Suzana Ikram said...

salam ieyla.. mekaseh sudi singgh d blog akak..

bebudak la paling seronok berayakn.. tambah2 lg dpt duit raya.. best.

Don Balon said...

Lah..kena delete pulllokkk...kuikui
Koi doh update blog koi sebagai bukti kami pun pakey oren jenis yg sama dgn fadh.. :)

ieyla said...

ikiqzana;

Selamat berkenalan....iyelah akak anak2 saya seronok sangat bila dapat duit raya, tapi tak bagi mereka pegang banyak2 sangat takut hilang nanti.....


Don Balon;

Sebenarnya bab2 masukkan gambar dalam blog saya nie,saya serahkan kepada fadh....Deletelah coz saya dah larang fadh masukkan gmbar saya!Lagipun tak suka dikenali umum sangat...Kan dah terbongkar rahsia...he...he...he...