Blog Kekasih

Tuesday, October 20, 2009

Aku Tak Bersalah....

Sesiapa sahaja yang berada di tempat aku mesti merasakan tekanan dan tohmahan yang aku terima agak berat dan sukar untuk ditempuhi.Bukannya aku tidak berusaha untuk cuba pulihkan keadaan seperti sedikala,tetapi semakin aku cuba untuk memperbaikinya ada saja perkara-perkara baru yang timbul yang boleh menambahkan lagi tidak puas hati orang nie terhadap aku!

Aku pun manusia biasa juga yang punya hati dan perasaan.Ada kalanya aku banyak mendiamkan diri bila menerima tohmahan sebegitu bukannya bermakna aku tak kisah orang mengata aku....tetapi bagi aku tiada gunanya aku nak bertekak kerana tohmahan yang dilemparkan kepada aku tue sememangnya tidak betul sama sekali.Insyaallah,selagi aku boleh bersabar aku akan kuatkan semangat nie menerima setiap tohmahan yang datang.....

Pada zahirnya di wajah aku pamerkan kegembiraan tapi disebaliknya terselit seribu kesedihan dan kepedihan yang teramat sangat!Kekadang aku bertanya pada diri aku sendiri 'apa dosa dan kesalahan aku sampai sebegini sekali aku diperlakukan'...........belum pernah lagi aku menerima tohmahan sebegitu dalam hidup aku....terlalu sukar untuk aku terimanya dan terlalu menyakitkan hati hingga sukar untuk aku berkata-kata mempertahankan diri sendiri.......


Bukannya aku tak pernah diduga sebelum ini,tapi bagi aku ini adalah dugaan yang paling perit aku terima pada tahun ini........sampaikan satu tahap aku terpaksa mengguris perasaan ibu bapaku kerana tidak mahu masalah yang aku hadapi bertambah rumit,tak sanggup dah rasanya aku melihat suami berterusan dalam keadaan serba salah kerana tersepit dalam dua perkara.....biarlah aku yang berkorban walaupun hatiku sakit menanggungnya.....Seribu kemaafan aku pohon pada ibu bapaku kerana terpaksa buat keputusan begini,lagipun hanya dengan cara itu sahaja aku nampak yang boleh memuaskan hati sebelah pihak lagi dan dengan cara itu juga aku tidak akan terus-terusan dipersalahkan!


Aku harap ibu bapaku faham dengan situasi aku ketika ini dan boleh menerimanya serta tidak menyalahkan aku......aku faham mereka juga ingin bermain dengan cucu-cucu mereka tapi apakan daya aku tidak boleh terlalu kerap balik ke kampungku walaupun dekat atas sebab-sebab yang tertentu.....Aku lakukan ini semua demi kebahagiaan aku bersama suami dan anak-anak........Semoga dengan pengorbanan yang aku lakukan ini dapat memulihkan keadaan seperti sediakala......Terima kasih aku ucapkan pada suamiku kerana banyak memberi semangat dan menenangkan aku agar terus bersabar dengan dugaan yang datang.......Entah bilalah agaknya kami dapat difahami......

7 comments:

Tirana said...

Bersabarlah selagi boleh bersabar kerana orang yang bersabar, Allah akan janjikan kemenangan buatnya..

ima shhs said...

ieyla... sabar yer dik...moga Allah limpahkan rahmat ke atas insan2 yg selalu bersabar seperti kita ekk...amin ya rabb

Dearie Pearls said...

Banyakkan bersabar ya..
Setelah melalui kepahitan then akan menyusul kemanisan..

Kita tak boleh memuaskan hati semua org. Pasti ada yg terluka tanpa sengaja..

Bukan kita sengaja..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hanya doa saya dapat titipkan untuk kebahagiaan akak..

Anonymous said...

Saya tahu Ieyla lebih sabar orangnya. Hidup berkeluarga memang begitu. Banyak hati yang perlu dijaga kalau tak belah kita, belah yang sinun akan terasa.

ieyla said...

Tirana;

Terima kasih atas kata2 nasihat yg akak berikan....


Ima Shhs;

Saya pun mengharapkan agar kesabaran saya nie tidak goyah....terima kasih kak...

LotsOfLove;

Betul kata akak tue bersabar...tapi setiap orang ada batas2 kesabaran,sampai bila saya mampu bertahan pun saya tak tahu....

GaDiS kAmPuNg SePaRa BaNdAr;

Terima kasih kerana mendokan saya....

Is;

Ada kebenarannya hidup berkeluarga nie banyak pengorbanannya...Insyaallah saya akan kuatkan semangat harungi setiap dugaan ini dengan redha,semoga Allah s.w.t sentiasa menolong saya hambanya yg lemah ini...Amin!

bz the witch said...

sedih baca luahan hati ni...
xpe...sabar jer la...
ingat jer la, ada lagi
org lain yg lbih besar
masalahnya...
bawa2 jer la bhibur
moga mrk2 tu akan
dpt memahami juga
satu hari nnti...