Blog Kekasih

Tuesday, July 13, 2010

Hatiku Terguris



Malam 12 Julai 2010, Selasa jam 8.42 minit malam, telefon genggam suami aku bergetar. Memang tabiat dia suka sangat menyettingkan telefonnya dalam keadaan ’silent mode’, cukup sekadar bergetar. Katanya tak suka bising-bising dan akibat tabiatnya yang sedemikian, banyak panggilan yang dia ’miss’.



Aku yang kebetulan sedang menyusukan Hadif dan kebetulan pula telefon genggam tersebut berada berhampiranku(satu lagi tabiat dia, suka sangat tinggalkan telefon merata-rata) segera membuka sms dan membacanya. Usai membaca, aku jadi geram dan sakit hati. SMS yang masuk benar-benar merobek hati aku sebagai seorang isteri dan ibu.



’ Maaf, ini ada penjaga anta sms pd sy. ”salam cikgu, nti tlg bgtau dgn pelajar Haris Farhan, bnyak brg tulis denis imran dia rosakn, ari ni pensil plak kne amik..ari2 denis mengadu..hrp ckgu dpt bgtau bdak tu. Harap dapat kerjasama”. Jgn ambik ati sngat, budak2...sabar ye’.



Begitulah isi kandungan sms yang dihantar. Dari guru kelasnya Arean. Guru kelas itu kawan semaktab dengan suami aku, jadinya memang kenal sangatlah. Jadi setiap perkara yang terjadi kepada Arean akan segera diberitahu. Pernah sekali tue, si Arean nie tak tukar lagi baju PJ ke baju sekolah. Dia sms suami aku bagitau yang Arean tak bawa baju sekolah. Sedanngkan baju sekolah dah pun aku masukkan dalam beg sekolahnya cuma Arean je yang tak tukar lagi sebab bimbang tak sempat nak salin latihan yang diberi di papan putih ke dalam buku latihan.



Memang aku puji sikap guru tersebut. Cuma yang buat aku sakit hati sangat bila anak aku dituduh mengambil dan merosakkan harta orang lain. Aku kenal anak aku. Tahu bagaimana perangainya. Aku yang mengasuh dan mendidiknya. Tiap baik buruk Arean, aku yang bertanggungjawab sepenuhnya. Kalau ikutkan hati aku yang tengah mendidih, memang aku minta nombor telefon penjaga tue...sedap jer nak tuduh anak aku macam-macam tapi mujurlah suami aku nie yang sabarkan. Betullah kata orang, kalau isteri tengah marah, suami tolong redakan dan begitulah sebaliknya. Kalau dua-dua api, alamatnya punah ranahlah.



Bila suami aku balik dari masjid, segera si Arean nie mengadu dan bagitau yang dia tak ambil dan tak rosakkan pun alat tulis kawannya itu. Arean nie memang takut kalau abahnya marah, jadi sebelum apa-apa lagi dia dah bagitau dulu. Maka Arean pun disoalsiasat sekali lagi setelah aku menyoalnya sebelum abahnya pulang. Jawapan yang diberi tetap sama. Dia tak ambil dan rosakkan pun alat tulis kawannya itu. Cuma katanya dia pinjam pensil warna dan telah pun dipulangkan. Suami aku berpuas hati dengan penjelasan yang diberi oleh Arean dan mengajar bagaimana untuk memberitahu kepada guru kelasnya bahawa dia tidak pun mengambil apatah lagi merosakkan alat tulis kawannya itu.



Sebenarnya alat tulis si Arean pun selalu hilang terutamanya pensil. Tiap malam aku akan periksa semua kelengkapan belajarnya. Dan selalu aku dapati pensilnya hilang. Bila ditanya, jawapan yang diberi ialah kawannya pinjam dan tidak memulangkannya. Tapi aku tidaklah sampai mengadu kepada guru kelasnya. Cuma aku berpesan, jika kawan pinjam, minta semula selepas kawan tue selesai mengunakannya.



Dan guru kelas Arean berjanji akan menyiasat perkara sebenar yang terjadi setelah suami aku menghubunginya untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya. Maka aku sedang menanti apakah keputusan siasatan yang dilakukan oleh guru kelas tersebut. Kalau perlu panggil H(CSI MIAMI), panggillah aku tak kisah asalkan aku dapat buktikan yang anak aku tak bersalah.


1 comment:

Don Balon said...

Sabor weh..
anok koi yanc derjoh dua pun ader hey minggu ni.. budok sekelas mintak 8 ringgit, lengkap dengan amaran..
"Aku bagi masa sampai hari rabu, kalau tidak bersedialah untuk badan lebam."
kuikui

Koi pegi sekoloh dgn isteri, jumpa penyelia petang, terus diambil tindakan. Budok tu selalu tumbuk anok koi dengan adik dia yanc drjoh satu tu, koi ajor melawan, jangan bior orang buli kita. Tapi kita jangan mula. Apapun, terima kasih Cikgu Zaki.