Blog Kekasih

Friday, October 30, 2009

Sekadar Menghilangkan Tension....

Sebenarnya aku bercerita di sini bukannya untuk menyakitkan hati sesiapa mahupun memburukkan sesiapa..... tapi sekadar untuk melepaskan rasa tension yang aku tanggung!Tak berniat walaupun sedikit untuk mengguris perasaan sesiapa...
Hanya dengan cara bern3 sahaja dapat aku melupakan sedikit sebanyak tension yang melanda aku.....setiap orang ada cara tersendiri bagaimana caranya untuk melepaskan tension tak terkecuali aku dan suami.Tiada tempat untuk aku luahkan setiap tension yang aku alami melainkan kepada orang yang paling rapat dengan aku tak lain tak bukan suami aku sendiri....

Sekiranya aku meluahkan setiap tension yang aku alami kepada suami aku....sedikit sebanyak akan menyebabkan suami aku murung dan akan menyalahkan diri sendiri....sebolehnya aku taknak suami aku rasa bersalah dan berasa dialah punca yang menyebabkan aku tension.....Aku sedikit pun tidak menyalahkan suami aku.........cukuplah sekadar suami aku memahami aku dan menerima aku seadanya.....

Mungkin ini semua dugaan yang Allah s.w.t turunkan kepada aku sekeluarga untuk menguji sekuat mana keimanan kami terhadapnya.....aku redha tempuhinya hingga ke nafas terakhir andainya itu yang tertulis dan yang perlu aku tempuhi untuk kecapi kebahagiaan bersama suami serta anak-anak.....

Aku minta maaf banyak-banyak sekiranya ada antara n3 aku yang lepas-lepas menyinggung perasaan sesetengah pihak.....dalam bercerita untuk menghilangkan serta melupakan tension aku tak perasan yang aku telah menyinggung perasaan mereka....kepada mereka yang tersinggung dengan n3 aku maaf seribu kali maaf....aku pun seperti insan lain yang punya perasaan serta tak lepas daripada melakukan kesalahan..........

Tuesday, October 27, 2009

Aku....Suami dan Kebebasan........




Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga dengan kasih sayang,keikhlasan dan kejujuran tentu ingin membina mahligai bersama dengan kebebasan tanpa mana-mana kongkongan....tak terkecuali aku dan suami!

Pada awal-awal usia perkahwinan aku dan suami dapat merasakan kebebasan itu.Benarlah kata orang jika kita dah berkeluarga ada baiknya jangan sesekali menetap satu rumah dengan ibu bapa sendiri mahupun ibu bapa mertua....kerana jika tidak kebebasan kita sebagai suami isteri sedikit sebanyak akan tergugat....


Aku berkata begitu kerana aku merasainya dan bukannya sekadar kata-kata kosong....semasa aku dan suami tinggal hanya kami sekeluarga sahaja dapat aku rasakan kebebasan seperti pasangan suami isteri yang lain....bebas untuk kemana-mana sahaja tanpa ada halangan dari mana-mana pihak.Tetapi kebebasan yang aku dan suami kecapi tidak bertahan lama, kerana pada pertengahan tahun 2006 atas sebab-sebab kesihatan kedua orang tua suamiku yang tidak mengizinkan suamiku terpaksa berpindah dan duduk serumah dengan ibu bapanya.


Ketika suamiku beritahu berita itu amat berat sekali untuk aku menerimanya....tetapi apakan daya aku sebagai seorang isteri hanya mampu mengikut sahaja kemana arah tuju suamiku....perasaan aku ketika itu terlalu sukar untuk diungkapkan,benar-benar kecewa dan hampa kerana aku tahu apa yang akan aku tempuhi kelak!Tetapi aku cuba pendamkan rasa kekecewaan aku dari pengetahuan suami kerana tidak mahu suamiku rasa bersalah.....


Ternyata apa yang aku sangkakan terjadi juga....kebebasan yang aku dan suami kecapi sebelum ini tergugat jua akhirnya.....sukar untuk aku dan suami menerimanya tapi apakan daya dah terpaksa tempuhinya juga!Kekadang tue timbul rasa bosan dan bengang serta nak marah sahaja kerana setiap apa yang kami lakukan dikongkong....hairan pun ada juga kenapa ini semua yang aku dan suami harus terima dalam zaman moden ini.......


Bagi pihak aku memang sukar untuk aku terima setiap kongkongan kebebasan itu kerana buat apa nak menghalang kebebasan aku dan suami.....kami berdua bukannya budak-budak lagi tak tahu membezakan mana yang baik dan buruk sesuatu perkara itu,lagipun kami berdua dah besar panjang dan tahu berfikir sematangnya....aku tak tahulah pada pandangan suamiku macam mana tapi aku rasa mana ada lelaki yang suka kehidupannya dikongkong.....tapi aku tahu apa yang aku rasa begitu juga dengan suamiku......


Entah sampai bilalah ini semua akan berakhir dan aku dan suami dapat kecapi semula kebebasan kami berdua macam pasangan suami isteri yang lain.....lagipun aku dan suami berada di zaman serba canggih dan bukannya di zaman dulu kala.....aku dan suami hanya inginkan pengertian apa yang kami rasa hidup tanpa kebebasan....tiada niat untuk memburukkan sesiapa pun.......jika orang lain berada di tempat aku mahupun suami tentu akan rasakan benda yang sama.....Berilah aku dan suami ruang kebebasan untuk membuat sesuatu perkara sendiri dan bukannya ditunjuk ajar.........

Tuesday, October 20, 2009

Aku Tak Bersalah....

Sesiapa sahaja yang berada di tempat aku mesti merasakan tekanan dan tohmahan yang aku terima agak berat dan sukar untuk ditempuhi.Bukannya aku tidak berusaha untuk cuba pulihkan keadaan seperti sedikala,tetapi semakin aku cuba untuk memperbaikinya ada saja perkara-perkara baru yang timbul yang boleh menambahkan lagi tidak puas hati orang nie terhadap aku!

Aku pun manusia biasa juga yang punya hati dan perasaan.Ada kalanya aku banyak mendiamkan diri bila menerima tohmahan sebegitu bukannya bermakna aku tak kisah orang mengata aku....tetapi bagi aku tiada gunanya aku nak bertekak kerana tohmahan yang dilemparkan kepada aku tue sememangnya tidak betul sama sekali.Insyaallah,selagi aku boleh bersabar aku akan kuatkan semangat nie menerima setiap tohmahan yang datang.....

Pada zahirnya di wajah aku pamerkan kegembiraan tapi disebaliknya terselit seribu kesedihan dan kepedihan yang teramat sangat!Kekadang aku bertanya pada diri aku sendiri 'apa dosa dan kesalahan aku sampai sebegini sekali aku diperlakukan'...........belum pernah lagi aku menerima tohmahan sebegitu dalam hidup aku....terlalu sukar untuk aku terimanya dan terlalu menyakitkan hati hingga sukar untuk aku berkata-kata mempertahankan diri sendiri.......


Bukannya aku tak pernah diduga sebelum ini,tapi bagi aku ini adalah dugaan yang paling perit aku terima pada tahun ini........sampaikan satu tahap aku terpaksa mengguris perasaan ibu bapaku kerana tidak mahu masalah yang aku hadapi bertambah rumit,tak sanggup dah rasanya aku melihat suami berterusan dalam keadaan serba salah kerana tersepit dalam dua perkara.....biarlah aku yang berkorban walaupun hatiku sakit menanggungnya.....Seribu kemaafan aku pohon pada ibu bapaku kerana terpaksa buat keputusan begini,lagipun hanya dengan cara itu sahaja aku nampak yang boleh memuaskan hati sebelah pihak lagi dan dengan cara itu juga aku tidak akan terus-terusan dipersalahkan!


Aku harap ibu bapaku faham dengan situasi aku ketika ini dan boleh menerimanya serta tidak menyalahkan aku......aku faham mereka juga ingin bermain dengan cucu-cucu mereka tapi apakan daya aku tidak boleh terlalu kerap balik ke kampungku walaupun dekat atas sebab-sebab yang tertentu.....Aku lakukan ini semua demi kebahagiaan aku bersama suami dan anak-anak........Semoga dengan pengorbanan yang aku lakukan ini dapat memulihkan keadaan seperti sediakala......Terima kasih aku ucapkan pada suamiku kerana banyak memberi semangat dan menenangkan aku agar terus bersabar dengan dugaan yang datang.......Entah bilalah agaknya kami dapat difahami......

Wednesday, September 30, 2009

Aku, Suami Dan Raya.

Raya tahun nie aku sekeluarga sambut dengan sederhana. Maklumlah keadaan ekonomi agak mendukacitakan. Tapi aku seronok sebab tahun nie suami aku setuju nak beraya di kampung aku. Seingat aku sepanjang perkahwinan kami dari 2001 hingga 2009, inilah kali kedua kami beraya di kampung aku. Itu pun sebelum raya iaitu petang Jumaat, dia hantar aku dan anak-anak balik kampung. Lepas tue dia balik semula ke Kerayong sebab banyak kerja yang dia kena buat. Maklumlah anak bongsu. Malam raya baru suami aku balik ke kampung aku. Itu pun sampai dah pukul 10.30 malam. Tapi aku taklah terasa sangat sebab tahun nie kami beraya di kampung aku. Dapatlah aku berkumpul dengan adik beradik aku.

Petang sebelum raya, aku sibuk menolong mak dan abah aku melakukan persiapan untuk raya. Macam-macam yang kami sediakan. Lemang, ketupat, rendang, sup tulang, kuah kacang dan banyak lagi. Petang tue, hujan turun tiba-tiba. Kelam kabut abah dan Acik Wan pasang khemah yang Ateh gunakan untuk berniaga di pasar Ramadhan. Kesian mereka kena bakar lemang dalam hujan. Malamnya lepas berbuka, masing-masing berkumpul dengan tv menunggu pengumuman raya. Walau dah heboh satu Malaya yang raya hari Ahad, tapi pengumuman raya tetap ditunggu-tunggu. Satu kenangan yang amat bermakna.
Pagi raya, aku sibuk siapkan pakaian suami dan anak-anak. Tahun nie suami aku pilih warna oren untuk baju melayu dia dan anak-anak. Itu pun puas aku pujuk supaya beli. Kalau ikutkan dia, memang tak dibelinya. Baju tahun lepas elok lagi katanya. Baju tue kami beli kat Triang. Murah jer. Baju anak-anak tue 2 pasang RM30 dan baju suami aku tue plak harganya RM25 sepasang. Kalau beli 2 pasang, harganya RM40. Macam tak percaya jer sebab aku tengok kualiti kain dia pun ok dan jahitannya pun kemas.
Tahun nie suami aku bawa sekali 2 orang hero dia ke masjid. Lepas solat sunat, mereka ke kubur arwah anak aku yang sulung. Terkilan juga aku sebab suami aku pergi tak bawa aku bersama. Tapi tak pe lah...lagi pun aku faham perasaan suami aku yang sampai sekarang masih lagi dibayangi kenangan pahit itu. Balik dari kubur, Arean sibuk bertanya itu ini dengan aku pasal arwah abang dia. Terpaksalah aku jawab sebaik mungkin. Nak harapkan suami aku, lambat lagi laa kalau dia nak cerita pasal arwah anak sulung kami ke anak-anak yang lain.
Lepas Asar, kami balik Kerayong. Aku tengok tahun nie suami aku lain macam sikit. Macam buang tebiat. Semangat raya dia entah ke mana menghilang. Sejak awal Ramadhan lagi dia langsung tak sebut pasal beli baju raya atau beli kuih raya. Aku nie laa yang sibuk bercakap itu ini tapi dia buat-buat tak dengar aje. Puas dah aku bertanya tapi jawapannya 'tak de apa-apa'. Akhirnya aku mengalah dan berdiam diri.
Hari raya kedua kami sekeluarga memerap kat rumah. Mak mertua dan adik beradik ipar duai aku semua beraya ke rumah sanak saudara. Dari pagi sampailah ke tengahari, suami aku dok menghadap tv dengan anak-anak. Lepas Zohor, barulah dia ajak aku beraya ke rumah kakak dia dia Lebak. Malam baru kami balik. Sampai kat rumah, kami dapati dekoder astro kami rosak disambar petir. Menurut kata Embong, 2 kali elektrik terpadam gara-gara guruh dan kilat yang amat kuat.
Raya ketiga, kami balik semula ke Kemayan. Alah bukannya jauh pun. dalam 25km aje jarak di antara Kerayong dan Kemayan. Petang tue kami ke Keratong 7, rumah mak saudara iaitu kakak mak aku. Malam baru kami balik. Raya keempat, suami aku buat perangai lagi. Dari pagi sampai tengahari, dia dok melepak atas katil layan laptop. Entah apa yang dibuatnya pun aku tak tahu. Jenuh aku mengajak dia beraya ke rumah sanak saudara tapi dia langsung tak beri respon. Kadang-kadang aku pelik dengan suami aku nie. Kalau mood dia baik, ajak ke bulan pun dia sanggup bawa aku tapi kalau masa angin kus-kus dia datang, nak suruh buat susu anak pun dia buat-buat pekak.
Lepas Zohor, angin kus-kus dia dah hilang. Ringan jer mulut dia ajak aku beraya ke rumah Acik Wan dan Acik Ilah kat Paloh Hinai. Aku pun apa lagi cepat bersiap sebelum angin kus-kus dia datang balik. Berayalah kami di Paloh Hinai. Tapi suami aku nie memang jenis susah nak diduga. Boleh dia beraya ke rumah orang bawa laptop. Masa orang lain sibuk berborak, dia dok menghadap laptop dia tue. Nasib baiklah keluarga aku nie jenis tak kisah. Kalau tak mahu malu aku dengan perangai laki aku nie.
Raya keempat, kami ke Segamat. Rumah kakak ipar aku yang no 2. Raya nie dia tak balik sebab anak dia baru sembuh dari kemalangan jalan raya 2-3 hari sebelum puasa. Kami ikut Bera Selatan terus ke Keratong dan terus ke Segamat. Si Arean pulak kalau dah ke rumah Mak Ngahnya mesti minta durian. Nasib baik ada jual durian. Kalau tak mahu 'Hot FM' suami aku nie dengan kerenah anak jantan tue. Tapi bila suami aku cakap masa balik nanti baru beli, mula laa si Arean nie buat muka seposen dia. Sampai kat rumah kakak ipar aku, terus suami aku serbu ke dapur sebab perut dah keroncong. Dalam perjalanan ada suami aku belikan roti canai di Simpang Sebertak tapi habis licin dibedal dek hero-hero dia. Si Arean pulak kalau dah ke rumah Ayah Ngahnya memang dok menghadap komputer. Kena pulak Ayah Ngahnya rajin melayan.
Lepas Zohor, mak dan ayah mertua aku dah siap-siap nak balik Kerayong. Dalam perjalanan balik, singgah beli durian. Suami aku beli sebiji jer. Mahal katanya, sekilo RM8. Tapi isinya memang sedap. Kami 3 beranak jer yang makan durian tue. Suami aku langsung tak dijamahnya. Dia memang kurang gemar dengan durian.
Raya kelima dan sehinggalah ke entri nie ditulis, kami memerap aje kat rumah. Ada laa jugak sedara mara dan kawan-kawan yang datang. Nasib baik aku baru belajar masak laksa jadi dapatlah aku mempraktiknya. Alhamdulillah. Dari komen orang yang memakannya, rasanya sedap. Aku sendiri yang masak pun rasa sedap. Tapi suami aku dari pagi hingga ke petang langsung tak dijamahnya. Malam tue baru laa mengadu lapar. Aku pun hidangkan laksa yang sengaja aku simpan untuk dia. Ada ke patut dia cakap, kalau dah lapar yang tak sedap pun telan ajer...
Cukup aku cerita pasal aku, raya dan suami. Jom layan gambar masa raya.

Ini gambar hero-hero aku di pagi raya.


Arean yang asyik main game. Saling tak ubah macam perangai abah dia. Orang sibuk beraya, dia sibuk main game.


Arekeem tersengih bangga sebab kali pertama ke masjid untuk sembahyang raya.


Siap tunjuk duit raya yang dia dapat kat masjid.

Kalau suami aku tahu yang aku upload gambar nie, mesti dia delete punya. Dia nie jenis yang suka ambil gambar tapi payah sangat nak bergambar. Nie pun puas aku pujuk barulah dia nak bergambar.

Tuesday, September 8, 2009

BELAJAR BERPUASA......

Tahun ini merupakan tahun pertama anak saya yang bernama Farhan belajar berpuasa.Rasanya dah sampai waktunya saya dan suami mengajar Farhan melakukan rukun islam ke-3 nie....lagipun sesuai dengan umurnya yang sudah 6 tahun,jika tidak diajar dari sekarang bila lagi.

Biasalah namanya pun budak-budak mesti banyak ragam dan kerenah bila disuruh berpuasa,Farhan pun tidak terkecuali.Tapi Farhan nie senang untuk memujuknya agar berpuasa, tapi yang paling susah sekali bila nak kejutkannya bangun untuk bersahur....seawal mungkin saya kejutkannya tapi bila waktu dah hampir-hampir nak habis barulah Farhan nie bangun.Perasaan kesian tu ada tapi sekiranya tidak bersahur nanti takut Farhan tu lapar pula....tambahan pula dia bersekolah.

Tapi saya dan suami tidaklah terlalu tegas sekiranya Farhan tidak berdaya dan ingin berbuka puasa....lagipun Farhan baru hendak berjinak-jinak belajar tiada salahnya diberi kelonggaran sedikit.Lama-kelamaan saya rasa Farhan akan terbiasa juga bila berpuasa tidak boleh makan,minum,dan beberapa perkara lagi yang boleh membatalkan puasa tidak boleh dilakukan.

Ada dugaannya pula yang membuatkan puasa Farhan ni tergugat iaitu tak lain dan tak bukan adiknya Hakeem....dah terbiasa diajar makan sesuatu benda dikongsi bersama bila Hakeem nie makan mesti akan dihulurkan pada Farhan,mana tak tergugat macam tu.Lepas tu apa lagi Farhan pun merengek-rengaklah minta kebenaran nak buka puasa....kalau dah sampai tahap menangis mana terdaya akhirnya terpaksa juga benarkannya berbuka.Iyelah kalau saya nak salahkan adiknya Hakeem pun tak boleh juga,lgpun kalau diterangkan pada Hakeem pun bukan difahamnya apa itu puasa....jalan terbaik bersabar jelah.....

Walaupun Farhan dah cuti selama 3 hari tapi saya berasa puas hati dengan pencapaiannya berpuasa.Biarlah terpaksa turutkan kehendaknya pun asalkan dia mahu berpuasa saya tak kisah....saya berharap agar selepas ini tiada lagi Farhan meminta untuk tidak berpuasa dan semoga Farhan dapat lalui penghabisan bulan Ramadhan ini dengan tabah......

Friday, August 21, 2009

Hati Yang Terluka

Sukar bagi saya untuk lalui semua ini....bukannya saya tidak biasa dilanda dengan masalah demi masalah tetapi apa yang melanda saya membuatkan saya betul-betul tertekan.Selama nie saya masih lagi boleh bersabar dengan setiap dugaan serta masalah yang menimpa...tapi bukan bermaksud saya bersabar saya tak kisah orang perlakukan saya seperti itu.....

Selama nie saya saja yang banyak menjaga hati dan perasaan orang sampaikan hati sendiri luka parah pun tiada siapa yang tahu.Kekadang saya rasa dah tak terdaya dah untuk menanggung semua nie...tapi saya kuatkan diri saya telan semua kepahitan nie demi anak2 dan suami serta kebahagiaan kami sekeluarga......

Selagi saya masih boleh menanggung serta bersabar saya akan cuba....tetapi bila dah saya tak dapat menanggungnya lagi biarlah bebanan nie saya lepaskan agar tenang dan tidak terluka lagi perasaan ini!Setiap orang ada tahap-tahap kesabarannya,begitu juga dengan saya....takkan selamanya saya mahu mendiamkan diri saja dan berendam manik-manik jernih bila kesabaran tergugat.....

Saya dah letih...letih...dan letih asyik menjaga hati dan perasaan orang sekeliling je tapi tetap juga tak dihargai....cukuplah rasanya saya jadi maca 'lembu yg dicucuk hidung',ikut segala kemahuan orang.....biarlah saya buat apa yang menggembirakan saya dan keluarga saya.Tiada paksaan atau arahan dari orang sekeliling....Saya dah jemu asyik ikut kata orang je sampai hati sendiri terluka....

Cukuplah saya menjaga hati orang selama nie....skang dah tiba masanya saya menjaga hati dan perasaan saya serta suami dan menjaga anak2.Hanya itu saja cara agar saya tidak terus menerus tertekan dengan situasi yang berlaku....jika saya masih lagi mahu menjaga hati dan perasaan orang jawabnya duduk wad gila lah saya......jika sesekali ditimpa masalah saya masih boleh cekalkan hati dan perasaan tapi jika selalu saya tak kuat untuk tanggungnya.....Saya pun punya perasaan juga.....

Wednesday, August 5, 2009

Impian dan Angan2




Setelah lama tak bern3 baru hari nie saya keluar dengan cite baru.Saya rasa setiap orang mesti ada impian sendiri,begitu juga dengan saya.Saya tak pernah impikan untuk memiliki sesuatu perkara yang luar biasa dan di luar kemampuan.Apa yang saya ingin kongsikan hanyalah sekadar suka2 saja dan sekadar impian sahaja tiada maksud lain.



Apa yang saya impikan hanyalah ingin membina keluarga sendiri tanpa ada campur tangan dari orang luar.....impian untuk memiliki keluarga yang bahagia telah saya kecapi....Terima kasih kepada suami saya kerana membahagiakan saya dan menggembirakan saya....terima kasih sekali lagi......



Salah ke jika saya ada menyimpan impian ingin memiliki rumah sendiri untuk saya diami bersama anak2 serta suami tercinta satu ketika nanti.Pada pendapat saya selain dijadikan tempat berteduh saya sekeluarga ia juga menjadi harta pada kami....Bagi pendapat saya tiada salahnya impian saya itu...tapi tak tahulah mungkin salah pada pandangan orang lain kot.....



Mungkin setiap orang ada impian yang berbeza-beza.....saya tak impikan emas permata yang menjadi kegilaan para wanita....saya hanya impikan sebuah rumah yang selesa untuk didiami bersama keluarga tercinta.Yang hiasan dalaman serta susun atur perabot di dalamnya atas pilihan saya dan suami.Salah ke impian saya ini?



Bukan banglo mahupun kondominium yang saya impikan,cukuplah sakadar ianya ada mempunyai ciri2 sebuah rumah umpanya rumah kos rendah.Walaupun tidak besar tapi saya bersyukur andainya rumah sebegitu yang hanya mampu kami miliki...Saya pun ingin juga merasa kaum keluarga serta kawan2 datang bertandang ke rumah.....tapi apakan daya itu hanyalah impian dan angan2 saya saja....

Banyak lagi impian yang saya ingin kecapi....tapi entah kenapa impian ingin memiliki rumah sendiri yang paling kuat untuk saya kecapi.....demi untuk anak2 serta suami tercinta.Harapan saya agar impian saya dan suami ini akan menjadi kenyataan satu hari nanti....agar kami boleh bersatu hati membina keluarga yang bahagia dan aman damai demi masa depan anak2.....Insyaallah!Saya harap tiada orang yang berkecil hati dengan n3 saya nie....sekadar suka-suka bercerita sahaja.Jika ada yang tidak berkenan dengan n3 saya nie Maafkan saya o.k....