Blog Kekasih

Wednesday, March 10, 2010

Kerana Aku Seorang Isteri

Sayang...,
Terima kasih ku ucapkan,
Di atas kasih sayang,
serta perhatian yang kau curahkan,
Padaku selama ini.

Tak pernah ku sesali dengan perkahwinan ini,
Walau berbagai-bagai dugaan, cacian dan hinaan,
Yang terpaksa aku tempuhi hidup bersamamu,
Namun aku redha dan pasrah dengan suratan ini,
Walaupun sentiasa dibelenggu masalah dan kesedihan,
Namun ku kuatkan diri kerana tidak mahu melihatmu susah hati,

Ketahuilah oleh mu wahai sayang,
Kasih sayang serta rasa cinta,
di hati ini tidak pernah luntur,
Malah semakin hari semakin bertambah,
rasa kasih, sayang dan cintaku padamu sayang,
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 9...SAYANGKU.

Saturday, January 9, 2010

Selamat Tinggal Kedukaan.....

Dah lama rasanya aku tak bersihkan sawang-sawang kat sini.....tetiba plak hari nie datang rajin aku untuk membersihkannya.Kalau tak silap aku kali terakhir aku kuarkan n3 pada 9/12/09.....skang nie kita dah menjejakkan kaki ke tahun 2010.....agak lamalah juga tue!
Masuknya tahun baru semua orang mesti ada azam baru tapi ada juga yang masih dengan azam lamanya coz azam lamanya masih tak tercapai-capai....tak terkecuali juga aku!Aku pun mempunyai azam yang baru tapi dalam masa yang sama aku mengharapkan agar azam dan impian aku pada tahun sebelum nie yang tak tercapai akan tercapai....Insyaallah.
Pada tahun 2009 banyak suka dan duka yang aku tempuhi dalam menempuh kehidupan ini.Terlalu banyak pahitnya daripada manis liku-liku kehidupan yang terpaksa aku harungi demi kasih,sayang dan cinta terhadap insan yang bernama 'Suami'.....terpaksa cekalkan hati,kuatkan sabar dan iman,pekakan telinga dan sewaktu dengannya lagi.Terpaksa berkorban perasaan sendiri demi untuk lihat orang lain tidak terluka.....terpaksa dalam setiap perkara yang aku lakukan......
Semoga tahun baru nie tidak akan mengulangi lagi setiap apa yg menyakitkan aku....dan dengan kehadiran tahun baru ini juga aku mengharapkan ada sinar baru dalam kehidupan aku sekeluarga dalam menempuh hari-hari yang bakal kami sekeluarga harungi.....biarlah apa sahaja yang terjadi pada tahun 2009 terus luput dari ingatan aku sepertimana tahun 2009 meninggalkan kita semua.....
Mudah-mudahan tahun ini Allah S.W.T murahkan pintu rezeki untuk aku sekeluarga....agar aku tidak payah lagi mendengar kata-kata yang menyakitkan hati dan aku tidak lagi dipersalahkan atas apa yang terjadi......semoga tahun ini juga memberi sinar kegembiraan dalam kehidupan aku sekeluarga.....Insyaallah!
Selamat tahun baru 2010 kepada semua blogger2 disini....semoga apa yang anda semua hajati pada tahun lepas tercapai....semoga berjumpa lagi di lain kesempatan......

Wednesday, December 9, 2009

Cuti....cuti....cuti....


Rasanya hampir 3 minggu aku tak bern3....bukannya tiada cite untuk dikongsi tetapi masa yang tak mengizinkan.Biasalah kalau dah musim cuti sek nie mestilah semakin bertambah2 keje2 rumah....bukannya tidak dapat bantuan daripada suami untuk mengurangkan setiap keje2 di rumah tapi faham2 sajalah dengan kerenah budak2 nie bukannya boleh tengok rumah kemas sedikit mulalah nak disepahnya semula......nak marah pun takde gunanya dah namanya pun budak2.......



Penat tue memanglah penat tapi apakan daya jika aku tak buat semua kerja2 mengemas siapa lagi yang nak buat....aku bukannya ada orang gaji untuk disuruh buat keje2 tue semua ,jawabnya kalu aku tak buat sendiri keje2 mengemas nie mesti rumah aku tak serupa rumah orang mesti macam tempat kucing beranak bersepah bagai nak rak......tak sanggup rasanya nak bayangkan rumah bersepah sedemikian rupa!



Walaupun dalam keadaan tak sihat sekalipun aku tetap akan lakukan kerja2 mengemas apa yang patut....walaupun tak berdaya keje tetap kena dilakukan ala kadar sahaja.Biasalah budak2 dalam keadaan yang nak membesar macam2 benda mereka nak lakukan.....habis semua barang tonggang langgang dibuatnya.....takpe2 sabar-sabar lagipun itu semua untuk kebaikan mereka juga dan untuk perkembangan otak mereka......



Kekadang rasa jemu juga coz setiap hari dok mengulang buat keje yang sama....tetapi apakan daya aku hanya seorang surirumah yang tiada henti2 kerjanya di rumah......ada kalanya aku bersungut juga coz kenapalah keje aku nie tak henti2,kalu berhenti pun hanya sekejap je itupun untuk makan,minum,mandi,sembahyang dan tido.....tapi kalau aku dah jemu dan boring dok buat benda yg sama je aku biarkan jer....lantaklah badan aku pun tahu penat juga bukannya aku robot.....



Kalau angin aku dah sampai jangan haraplah aku nak wat keje....masa tue suami aku tahulah macam mana berat dan penatnya aku wat keje2 di rumah.Tapi alhamdullilah suami aku amat memahami,jika aku tidak berdaya untuk lakukan sebarang keje rumah dia tak kisah, 'dah tak berdaya nak buat macam mana lagi' katanya......pedulikan sesapa nak marah katanya,wat tak tahu jer.....



Inipun aku curi2 waktu sikit....lepas nie entah berapa minggu plak aku kuarkan n3 baru....silap2 hari bulan tahun depan agaknya....ha...ha....ha....dah namanya pun berblog untuk mengisi waktu lapang mestilah jarang2 ada n3 baru......banyak waktu diisi dengan kerja2 rumah dan melayan anak2.....

Monday, November 16, 2009

Bukan Lupa Atau Tak Ingat........




Sebenarnya tanggal 11/11/2009 yang lalu genaplah umur aku 25 tahun....Bukannya aku tak ingat itu tarikh lahir aku dan tarikh makin bertambahnya usia aku tapi dah perangai aku macam nie,walaupun itu hari istimewa aku tapi aku biasa-biasa sahaja macam tiada apa-apa pun yang bermakna pada hari tersebut.



Buat apalah aku nak beriya-iya sangat beritahu orang yang mengenali aku itu tarikh lahir aku,nampak sangat macam aku nie meminta-minta agar mereka berikan aku hadiah.....tolanglah itu bukan jenis mahupun perangai aku,sapa-sapa yang ingat pada tarikh lahir aku tue terserahlah pada empunya diri samada mereka nak beri aku hadiah ataupun sekadar ucapan sahaja.



Aku tak kisah samada dapat hadiah ataupun tidak pada hari lahirku....lagipun tak sukalah beriya-iya sangat menyambutnya.....cukuplah sekadar kata-kata ucapan yang mendoakan kebahagiaan aku sekeluarga,itu dah memadai bagi aku!Ucapan-ucapan yang mendoakan kebahagiaan aku sekeluarga,dimurahkan rezeki dan yang banyak kearah mendoakan aku semuanya datang dari ahli keluarga sendiri....tak lupa juga dari kawan-kawan blogger serta kawan-kawan di facebook.



Aku menghargai ucapan dan doa dari kalian semua.....terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan pada semuanya diatas ucapan dan doa kalian!Tapi dalam banyak-banyak ucapan hari lahir yang paling menyentuh perasaan dan membuatkan aku sayu adalah madah dari orang yang paling aku sayang dan cinta iaitu suami aku.....terlalu menyentuh perasaan aku hingga membuat aku menitiskan airmata ketika membacanya......tersembunyi seribu makna disebalik setiap bait-bait madah itu yang membuatkan aku menitiskan airmata.....walaupun berkali-kali aku membacanya tetap airmataku mengalir di pipi......





Walaupun hanya sekadar madah yang aku dapat dari suamiku di hari lahirku tapi aku terlalu menghargainya.....Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan pada suamiku atas madah yang cukup puitis dan cukup bermakna itu.....aku tidak perlukan hadiah yang mahal-mahal tapi cukuplah bagi aku sekadar suamiku menghargai aku dan menerima aku seadanya....serta sentiasa menjadi tulang belakang penguat semangat untuk aku tempuhi semua dugaan yang datang dalam kehidupan kami sekeluarga......



Lagipun aku bukanlah seorang wanita yang memandang kebendaan....aku hanyalah seorang wanita yang biasa-biasa sahaja yang bukannya mata duitan!Walauapapun dugaan yang datang Aku tetap Aku yang sederhana.......Ketahuilah olehmu wahai suamiku aku tetap menyayangi dan menyintaimu sama seperti di awal perkenalan kita dahulu....sayang abang sangatttttttttt!Biarlah diri ini disakiti sekalipun tetapi kasih sayang saya pada abang tetap sama................



Terima kasih sekali lagi pada semua yang mengucapkan selamat hari lahir padaku......yang paling ucapan terima kasih aku ucapkan pada suamiku yang tercinta dan tersayang...............thanks you so much and love you forever and ever and ever................

Friday, October 30, 2009

Sekadar Menghilangkan Tension....

Sebenarnya aku bercerita di sini bukannya untuk menyakitkan hati sesiapa mahupun memburukkan sesiapa..... tapi sekadar untuk melepaskan rasa tension yang aku tanggung!Tak berniat walaupun sedikit untuk mengguris perasaan sesiapa...
Hanya dengan cara bern3 sahaja dapat aku melupakan sedikit sebanyak tension yang melanda aku.....setiap orang ada cara tersendiri bagaimana caranya untuk melepaskan tension tak terkecuali aku dan suami.Tiada tempat untuk aku luahkan setiap tension yang aku alami melainkan kepada orang yang paling rapat dengan aku tak lain tak bukan suami aku sendiri....

Sekiranya aku meluahkan setiap tension yang aku alami kepada suami aku....sedikit sebanyak akan menyebabkan suami aku murung dan akan menyalahkan diri sendiri....sebolehnya aku taknak suami aku rasa bersalah dan berasa dialah punca yang menyebabkan aku tension.....Aku sedikit pun tidak menyalahkan suami aku.........cukuplah sekadar suami aku memahami aku dan menerima aku seadanya.....

Mungkin ini semua dugaan yang Allah s.w.t turunkan kepada aku sekeluarga untuk menguji sekuat mana keimanan kami terhadapnya.....aku redha tempuhinya hingga ke nafas terakhir andainya itu yang tertulis dan yang perlu aku tempuhi untuk kecapi kebahagiaan bersama suami serta anak-anak.....

Aku minta maaf banyak-banyak sekiranya ada antara n3 aku yang lepas-lepas menyinggung perasaan sesetengah pihak.....dalam bercerita untuk menghilangkan serta melupakan tension aku tak perasan yang aku telah menyinggung perasaan mereka....kepada mereka yang tersinggung dengan n3 aku maaf seribu kali maaf....aku pun seperti insan lain yang punya perasaan serta tak lepas daripada melakukan kesalahan..........

Tuesday, October 27, 2009

Aku....Suami dan Kebebasan........




Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga dengan kasih sayang,keikhlasan dan kejujuran tentu ingin membina mahligai bersama dengan kebebasan tanpa mana-mana kongkongan....tak terkecuali aku dan suami!

Pada awal-awal usia perkahwinan aku dan suami dapat merasakan kebebasan itu.Benarlah kata orang jika kita dah berkeluarga ada baiknya jangan sesekali menetap satu rumah dengan ibu bapa sendiri mahupun ibu bapa mertua....kerana jika tidak kebebasan kita sebagai suami isteri sedikit sebanyak akan tergugat....


Aku berkata begitu kerana aku merasainya dan bukannya sekadar kata-kata kosong....semasa aku dan suami tinggal hanya kami sekeluarga sahaja dapat aku rasakan kebebasan seperti pasangan suami isteri yang lain....bebas untuk kemana-mana sahaja tanpa ada halangan dari mana-mana pihak.Tetapi kebebasan yang aku dan suami kecapi tidak bertahan lama, kerana pada pertengahan tahun 2006 atas sebab-sebab kesihatan kedua orang tua suamiku yang tidak mengizinkan suamiku terpaksa berpindah dan duduk serumah dengan ibu bapanya.


Ketika suamiku beritahu berita itu amat berat sekali untuk aku menerimanya....tetapi apakan daya aku sebagai seorang isteri hanya mampu mengikut sahaja kemana arah tuju suamiku....perasaan aku ketika itu terlalu sukar untuk diungkapkan,benar-benar kecewa dan hampa kerana aku tahu apa yang akan aku tempuhi kelak!Tetapi aku cuba pendamkan rasa kekecewaan aku dari pengetahuan suami kerana tidak mahu suamiku rasa bersalah.....


Ternyata apa yang aku sangkakan terjadi juga....kebebasan yang aku dan suami kecapi sebelum ini tergugat jua akhirnya.....sukar untuk aku dan suami menerimanya tapi apakan daya dah terpaksa tempuhinya juga!Kekadang tue timbul rasa bosan dan bengang serta nak marah sahaja kerana setiap apa yang kami lakukan dikongkong....hairan pun ada juga kenapa ini semua yang aku dan suami harus terima dalam zaman moden ini.......


Bagi pihak aku memang sukar untuk aku terima setiap kongkongan kebebasan itu kerana buat apa nak menghalang kebebasan aku dan suami.....kami berdua bukannya budak-budak lagi tak tahu membezakan mana yang baik dan buruk sesuatu perkara itu,lagipun kami berdua dah besar panjang dan tahu berfikir sematangnya....aku tak tahulah pada pandangan suamiku macam mana tapi aku rasa mana ada lelaki yang suka kehidupannya dikongkong.....tapi aku tahu apa yang aku rasa begitu juga dengan suamiku......


Entah sampai bilalah ini semua akan berakhir dan aku dan suami dapat kecapi semula kebebasan kami berdua macam pasangan suami isteri yang lain.....lagipun aku dan suami berada di zaman serba canggih dan bukannya di zaman dulu kala.....aku dan suami hanya inginkan pengertian apa yang kami rasa hidup tanpa kebebasan....tiada niat untuk memburukkan sesiapa pun.......jika orang lain berada di tempat aku mahupun suami tentu akan rasakan benda yang sama.....Berilah aku dan suami ruang kebebasan untuk membuat sesuatu perkara sendiri dan bukannya ditunjuk ajar.........

Tuesday, October 20, 2009

Aku Tak Bersalah....

Sesiapa sahaja yang berada di tempat aku mesti merasakan tekanan dan tohmahan yang aku terima agak berat dan sukar untuk ditempuhi.Bukannya aku tidak berusaha untuk cuba pulihkan keadaan seperti sedikala,tetapi semakin aku cuba untuk memperbaikinya ada saja perkara-perkara baru yang timbul yang boleh menambahkan lagi tidak puas hati orang nie terhadap aku!

Aku pun manusia biasa juga yang punya hati dan perasaan.Ada kalanya aku banyak mendiamkan diri bila menerima tohmahan sebegitu bukannya bermakna aku tak kisah orang mengata aku....tetapi bagi aku tiada gunanya aku nak bertekak kerana tohmahan yang dilemparkan kepada aku tue sememangnya tidak betul sama sekali.Insyaallah,selagi aku boleh bersabar aku akan kuatkan semangat nie menerima setiap tohmahan yang datang.....

Pada zahirnya di wajah aku pamerkan kegembiraan tapi disebaliknya terselit seribu kesedihan dan kepedihan yang teramat sangat!Kekadang aku bertanya pada diri aku sendiri 'apa dosa dan kesalahan aku sampai sebegini sekali aku diperlakukan'...........belum pernah lagi aku menerima tohmahan sebegitu dalam hidup aku....terlalu sukar untuk aku terimanya dan terlalu menyakitkan hati hingga sukar untuk aku berkata-kata mempertahankan diri sendiri.......


Bukannya aku tak pernah diduga sebelum ini,tapi bagi aku ini adalah dugaan yang paling perit aku terima pada tahun ini........sampaikan satu tahap aku terpaksa mengguris perasaan ibu bapaku kerana tidak mahu masalah yang aku hadapi bertambah rumit,tak sanggup dah rasanya aku melihat suami berterusan dalam keadaan serba salah kerana tersepit dalam dua perkara.....biarlah aku yang berkorban walaupun hatiku sakit menanggungnya.....Seribu kemaafan aku pohon pada ibu bapaku kerana terpaksa buat keputusan begini,lagipun hanya dengan cara itu sahaja aku nampak yang boleh memuaskan hati sebelah pihak lagi dan dengan cara itu juga aku tidak akan terus-terusan dipersalahkan!


Aku harap ibu bapaku faham dengan situasi aku ketika ini dan boleh menerimanya serta tidak menyalahkan aku......aku faham mereka juga ingin bermain dengan cucu-cucu mereka tapi apakan daya aku tidak boleh terlalu kerap balik ke kampungku walaupun dekat atas sebab-sebab yang tertentu.....Aku lakukan ini semua demi kebahagiaan aku bersama suami dan anak-anak........Semoga dengan pengorbanan yang aku lakukan ini dapat memulihkan keadaan seperti sediakala......Terima kasih aku ucapkan pada suamiku kerana banyak memberi semangat dan menenangkan aku agar terus bersabar dengan dugaan yang datang.......Entah bilalah agaknya kami dapat difahami......